Saturday, March 31, 2012

Adakah???

Adakah???
Adakah daku dapat Samsung Galaxy SII yang ku impikan?
Huhuhu....

(Teringin...)

Friday, March 30, 2012

Tolong kenduri...

As-salam...

Makcik puan zai iaitu sepupu mak akan menyambut menantu esok. Rumah makcik nie sebelah rumah yo. Tak lah jauh mana rumah eh. Pintu hadapan bertemu pintu lah kiranya.

Majlis Akad Nikah akan berlangsung esok seiring dengan kenduri kendaranya sekali.

Sekarang nie dah jam 8.49 malam. Persiapan memang sedang diperancakkan. Mak puan zai kata bz sejak pagi. Ada banyak benda nak 'touch up' luar dan dalam rumah tu.

Sampai rumah dari tempat kerja tadi puan zai sempat singgah sekejap 'menayang' muka yang tak berapa lawa nie menjenguk apa yang patut nak di tolong haha...

Jom jom tengok apa yang dorang buat tu...


Kupas apa yang patut untuk menu esok.

 Buat kerja di bawah pokok rambutan.
Teduh sikit.
Dengarnya menu esok ialah gulai daging, ayam masak merah, gulai nangka dan lain-lain.

 Yang ini sedang bz mengoreng ayam untuk buat ayam masak merah.
Nyum nyum peberet kuuuu...

 Baru siap inti kentang untuk karipap.
Karipap nie untuk sarapan esok.

Dah jenguk kat luar, puan zai jenguk dalam rumah pula.
Makcik kata bilik dah ok.
Pelamin lak masih dalam 'proses'.
Pelamin buat sendiri, nie tak siap sepenuhnya lagi... ada lagi nak touch up tu.

Puan zai sempat tolong isi telur kat bunga pahar aje.
Sempat lah siapkan sebelum azan maghrib tadi.
Ada dua kaler bunga pahar nie-merah dan puteh.

Pengantin berinai.

Buat tangan dulu.
Kang payah nak ke mana.
Malam sikit atau sebelum tido baru pakai kat kaki.

Malam pula kat rumah makan yong tau foo ramai-ramai sebelum nak pergi balik rumah makcik.
Pastu kekenyangan.

Lepas post entry nie puan zai nak jenguk balik ke rumah makcik. Tolong apa yang patut. Tak pun tolong tengok hehehe... Bukan main ek tajuk post 'Tolong kenduri'? Walhal balik kerja tadi cuma sempat isi telur kat bunga pahar je.

OK lah, sambung lagi nanti ye... InsyaAllah kalau puan zai sempat snap gambar esok puan zai post ye... Buat anda semua selamat berhari minggu bersama keluarga tercinta... tata...

Sekian.... Puan Zai @ JH...



Earth Hour 2012...

EARTH HOUR 2012: 31ST MARCH, 2012, SATURDAY; 8.30PM


Puan Zai @ JH...

Thursday, March 29, 2012

Pulut kuning dan rendang daging...

As-salam...

Pagi-pagi buta dah tayang makanan kan? Ini cerita pagi dan tengahari di hari rabu.

 Pulut nie kawan opis yang belikan kat area rumah dia.
Makan waktu lunch.
Rendang dia emang best.
Ada banyak sebenarnya tu dalam plastik.
Yang dalam gambar hanya ciput aje puan zai letak.
Pulut kuning yang sedap nie susah nak dapat sebab ianya hanya di jual pada hari rabu sahaja.
Puan zai makan sikit aje takut hangin jahat melanda hehe...
Harga sebungkus RM3.

Yang ini nasi lemak letak telur hancur - menu pagi yang di ambil semasa bersarapan.

Best tak tengok acara menu di pagi buta nie? Hehehe.... tata...

Sekian.

Puan Zai @ JH



Wednesday, March 28, 2012

Tupperware - Steam It...

As-salam...

Selamat petang buat semua... sejak pagi renyai dan cuaca mendung. Keluar dari opis cuaca memang gelap aje. Sampai rumah tadi pun hujan renyai cuma ketika ini tak turun lagi dah. Sejuk sikit rasanya sebab terasa bumi ini berbahang sejak 3-4 hari yang lalu... jiwa pun seronok aje dengar hujan turun bila terdengar dari atas bumbung rumah kan...

OK yang Tupperware Steam It nie puan zai beli dapat dari supplier pada hari jumaat yang lepas. Sampai kat rumah kakak dah bagitau nanti buat pau... alahai puan zai tak terer lah nak buat pau. Kalau makan tu terer lah. Selalunya dapat makan pau kalau bawa si adik ke Pediatrik untuk check up. Kat kedai hopital ada macam-macam jual pau yang pelbagai jenis inti. Paling sedap inti coklat.

 Ini katalog yang puan zai tengok sebelum order. Harga Steam It ini RM49.70 sahaja. Sebenarnya ada kat dapur periuk kukus tapi nak jugak beli yang ini. Mudah sahaja guna kat kuali.

Hehe... tak sempat nak snap pau masa dok banyak-banyak dalam Steam It tu... sekejap aje kena ngap dengan anak-anak. Si kakak memilih pau inti kaya pandan di Tesco Menjalara, brand pun brand Tesco. Kakak kata tak cukup ada 9 ketul pau yang comey-comey nanti ibu kena beli banyak sikit pesan kakak.

Tengah piker jugak lepas nie nak masak apa dengan Steam It ini... ada cadangan tak?

Terima kasih.

Sekian...

Puan Zai @ JH...

Tuesday, March 27, 2012

Spageti diminta oleh anak-anakku...

Huhua skemanya ayat di atas... assalamualaikum buat semua sahabat alam maya JH...

Dah tiga hari tak online. Tiga hari menanggung seksa tak dapat online. Tiga hari tak jenguk blog kengkawan. Tiga hari juga tak dapat release tension dengan mengadap blog. Dan tiga hari juga hidup ku tak meriah dengan blog cewahhh hehehe. Nampaknya hari ini nak tayang menu tiga hari yang lepas juga...

Tiga hari yang lepas menu ini yang puan zai masak. Makan dari makan sampai ke petang. Macam tak cukup aje masak satu bungkus spageti. Tak apa nanti buat lagi.

 Makan dari pagi tak sudah-sudah.

Makan menu ini berulang-ulang sampai habis.
Walaupun ada masak nasi dan kurma ayam tapi menu nie tak berapa laku pulak hehe...

OK lah, nak jenjalan dulu. Nak jenguk blog anda pula... tata...

P.s -  walau tak online tiga hari tapi hati seronok bila ada juga orang datang baca dan komen. Terima kasih buat anda.

Sekian.... senyuman indah dari puan zai @ JH....



Saturday, March 24, 2012

Menu biasa di Tesco...

As-salam...

Sekarang dah jam 11.35pm. Si kakak baru aje tido. Adik masih mengadap CN.

Balik dari Tesco Menjalara tadi jam 10.30pm. Fuhhh boleh tahan ramainya orang. Berpusu-pusu. Bersesak-sesak. Macam berpesta.

 Satu troli keperluan dapur di beli.

Puan zai tanya anak-anak nak mamam apa?
Ikut kan hati nie nak makan A&W tapi mereka memilih menu kebiasaan di Tesco nie dan di tempat biasa.
Kakak tu makan zinger beger, tapi sebelum tu kakak rasa ayam ibu dulu.

Esok nak gi mana ye?
Dok rumah ke berjalan?
Rasanya macam sok dok rumah aje.
Kakak dah order spegeti bolognese dan kueh pau.
Esok plan nak masak tapi pau yang instant le, spegeti masak sendiri.

OK lah sambung esok ye... tata...

Sekian Puan zai @ JH....


Kluang station - Ikea...

Salam hari sabtu semua...

Semalam petang gi teman kawan opis ke Ikea nak cari barang rumah dia.

Hajat memang nak teman aje sebab tak de yang ingin di beli pun. Suka-suka nak jalan-jalan.

Tapiiii... bila dah sampai sana hmmm ada juga yang di ambil untuk di beli. Habis dalam RM52 aje sebab amek yang sales dalam 6 barang.

Seronok menjamu mata yang di display, kaki pun penat, sempat singgah kat Kluang Station. Ala lebih kurang sama aje dengan PappaRich menunya Kluang Station.


 Ikea oh Ikea bikin orang tak mahu balik.

 Tekak haus singgah gi minum kejap.

 Nak makan pilih aje.

 Kalau dah kaki teh tu teh jugak yang di order.
Kawan pun pilih teh jugak tapi tea ice jelly.
Best...

 Puan zai makan ini je sebab perut macam kenyang aje makan mee curry laksa kat PappaRich lunch semalam tuu... ok la kaya cheese bun cuma puan zai buang sikit kaya dia sebab manis sangat.

 Basket of friesss...

Kawan pula makan Kluang laksa.
Kawan kata sedap, laksa dia halus aje.
Harga dalam RM9.90.

Pas kenyang terus balik. Nak balik ikut Penchala Link terus masuk Mont Kiara dan sampai di Bukit Segambut. Sekejap aje tapi masa nak gi ke Ikea dari opis hadoiii jem kiri kanan highway...

Petang nie pula plan nak gi barang dapur kat Tesco, Menjalara Village. Anak-anak dua-dua dok main kat luar rumah. Panas dorang kata dok dalam rumah. Yelah dah dua ari cuaca bahang dan panas sesangat. Mak berpeluh-peluh tengok TV hehe... pasang aircond pun tak terasa huhu...

Apa plan anda hari sabtu nie? Selamat beristirehat bersama keluarga ya... jumpa lagi... tata...

Sekian.

Puan Zai @ JH...

p.s- tv emang on astro warna aje, dari tadi dok tengok ulangtayang RL6... i like...




Friday, March 23, 2012

PappaRich...

Assalamualaikum sahabat semua...

Dah lama dok plan dengan geng bila hari 'menuai' nak gi makan japanese food. Nak minum japanese tea. Nak makan set nasi dan telan wasabe. Nak makan sushi.

Jadi lunch siang tadi terus kami berempat ke Bangsar Village. Kalau nak di kira geng puan zai tak ramai yang suka makan japanese food. Cuma ada seorang aje yang sekepala. Tapi dah jarang dapat keluar dengan kawan sekepala nie maklumlah masing-masing pun bz dan berlainan department.

Tapi sejak dapat tahu ada dua orang kawan yang ini memang 'hantu' japanese food nie terus buat plan nak gi makan ke tempat yang biasa mereka pergi. Lagi sorang nie pula tak pernah makan jadi dia nak ikut sebab nak try.

Namun, emang takde rezeki.

Sampai sana rupanya kedai japanese tu dah tutup dan tak tau dah pindah ke mana. Adeh tekak dah kembang kuncup nak makan tapi tak de pulak. Dok piker-piker empat orang nie kaki masing-masing terus melangkah ke PappaRich huhu...

 Puan zai order mee curry laksa dan tea iced.
Hari-hari teh pastu hangin satu badan huhu...
Mee curry ok lah sedap, sampai licin satu mangkuk ku hirup kuah...
(oh sushi...)

 Sahabat order lain-lain.
Yang ini Kuew tiaw prawn.
Sos macam kicap aje. Puan zai rasa sikit tapi macam tawar aje.

 Ini nasi kuning.
Kira pulut kuning lah nie makan dengan rendang.
Kawan ini minum soya cincau dan milo dinosour @ pun kat kedai melayu milo tabur iaitu milo serbuk yang di tabur atas air milo.

 Huhu yang makan kat rumah pun bole kawan puan zai kata.
Maggi soup... dia order minuman cham ice iaitu kopi+tea...

Tengah masing-masing kusyuk menikmati hidangan, ada mata yang asyik tengok dim sum dari jauh... nampak sedap... Terasa ingin makan jadi terus order je share ramai-ramai...

Dari sudah makan sampai ke dalam kereta dan sampailah ke opis tak sudah-sudah kami ingat sushi.

Hmmm tengok lah next week kami cadang nak gi Pavilion pulak nak cari kedai tu.. nama kedai tu puan zai lupa lah... kena ingat nie lain kali... OK lah jumpa lagi kendian... selamat berehat kepada semua sahabat di alam maya... sekian... tata... Puan Zai @ JH...


Ole-ole dari Penang

As-salam... dah pagi dah kan... sekejap aje dah ari jumaat... tu lah yang syok bila datangnya ari sabtu dan ahad iaitu hari lepak sedunia di rumah hehe...

Mata belum nak pejam lagi sebab di tangan masih memegang novel yang baru di baca iaitu novel "Awak suka saya tak?", sambil pegang novel sambil tu pegang keyboard kejap juga.

Baru aje baca dua tiga helai puan zai dah start terkekek ketawa. Kelakar lah novel nie. Nanti dah abes baca puan zai akan post entry untuk komen novel nie ye. Tungguuu... Eh memalam nie jangan gelak kuat nanti orang kata macam citer kat TV3 tadi pula 'amukan pocong' huahuahuaaaa...

Alkisah adik lelaki puan zai yang no 3 nie (paklang) baru balik dari outstation. Dia and the geng kena buat keje luar di Penang dan Kelantan untuk beberapa ari. Baru tadi sampai kl. Nasib lah dia balik arini sebab mak puan zai dah rindu kat anak eh maklumlah semalam adalah birthday paklang, mak pun ada beli hadiah surprise lah tu tapi mak pula kena surprise....

 Mak seronok sebab dapat baju kelawar dari Penang.
Mak just cakap-cakap dengan puan zai kalau dapat baju kelawar kan best.
Rupanya dapat juga mak baju nie dari adik.

 Dari penang paklang terus buat keje kat kelantan dan balik tu singgah beli kopok lekor di Terengganu.

Kat sini paklang beli.
Sedap jugak.

Mana tak kenyang ek belasah kopok lekor memalam nie hehehe.

Sekian.

Puan zai @ JH...



Thursday, March 22, 2012

Masak lemak cili merah ikan sepat dan nenas

Perut masih kenyang lepas makan lewat petang tadi... balik terus masak nasi. Seperti yang puan zai bagitau petang tadi ada masak lemak. Puan zai tulis ikan gelama tapi sebenarnya ikan sepat. Tulah kelam kelibut nak makan sibuk nak menaip jugak... kan dah tersasul hehehe...

Resepi idak la best sangat tapi takat nak kongsi kita-kita je nie ok la hehe malu lah... maklum lah tak terer lagi...

Kisahnya minggu nie ada dua biji nenas yang abah petik dari 'Terbaek dari ladang' abah puan zai tu. Dah kopek sebab dah masak ranum sedikit dan selalunya abah dan mak boh garam atau kicap makan cengitu aje tapi masih ada dlm peti ais, jadinya nenas yang masih berbaki ni dibuat gulai la jawapnya.

Masak lemak cili merah ikan sepat dan nenas:
Bahan utama:
Nenas di potong kecil
Kelapa sebiji di ambil santan
ikan sepat 4 ekor di belah dua

bahan kisar:
cili merah 6 biji
serai dua tangkai
halia satu ibu jari
bawang merah dua labu
bawang putih 1 ulas

Cara:
campurkan bahan kisar bersama santan, kacau dan bila mendidih masukkan ikan sepat seterusnya nenas. Hidang.

Esok dah plan nak bawa bekal sebab kat periuk masih ada lagi. Kadang kan masak gulai fail jugak kadang tu terasa lulus pulak (masuk bakul ye). Alahai sebenarnya bahan pun bukan susah senang je pun nak-nak bahan-bahan pun boleh di dapati di belakang rumah. Tapi bila badan dah penat balik dari keje tu kadang-kadang nak masak simple-simple aje. Senang kan masak terus ngap. hehe...

OK, lah stop di sini dulu... tata...

Sekian,

Puan Zai @ JH...

Lauk lewat petang...

As-salam...

Balik keje, masak nasi dan goreng ikan bilis berkicap... anak-anak nak telor mata kebau letak kicap jugak...

Dua menu yang berkicap sudahhh pastu ada masak lemak ikan gelama masin letak nenas juga...

Belum pukul 7 malam dah bedal nasi siap-siap... jemput makan ye...

 Berselera kalau ada ikan bilis berkicap nie.
Arwah nenek dedulu suka masak nie dan cucu-cucunya memang suka sesangat.
Goreng ikan bilis dan asingkan, tumis pula bawang merah lepas tu bubuh ikan bilis dan tuang kicap.

Lauk berkuah makan juga tapi yang laku ikan bilis.

Dessert - jeli kelapa.
Puan zai beli kat foodcourt opis, si kakak yang meng order sejak semalam.

Sekian.

Puan Zai @ JH...


Wednesday, March 21, 2012

Novel: Sentuhan Kasih ~ Norhayati Berahim

NKB: Novel Ku Baca...

Sentuhan Kasih
[Karya: Norhayati Berahim]


Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia...

Namun dia rela menyimpan semuanya di dalam hati... tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas hatinya?

Dia jauh di negara orang... lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah di tolak?

Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau terus menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama mati.

"Aku merinduinya dalam dingin salji"

Komen JH:
Best! Best! Best!

Inilah yang boleh katakan oleh pembaca untuk novel NB nie. Syok sangat. Bila baca ayat-ayat puitis di atas tu sungguh sayu dan mendayu.

Memang membuai perasaan. Watak Zakry tu menarik bila di gabungkan dengan watak utama iaitu Inas.

Novel ini mengisahkan seorang wanita yang bernama Inas telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Ikmal atas permintaan bapanya yang telah berhutang duit perniagaan bapanya. Sebagai anak yang baik Inas menuruti sehingga lah muncul seorang wanita bernama Kalsum yang mengakui dia isteri pertama Ikmal.

Ikmal yang mempunyai 3 isteri dan ramai perempuan simpanan mempunyai perangai yang jelek itu manjadi berang apabila Inas meminta cerai sehingga lah Inas membawa diri ke Norway. Jadi lah Inas janda berhias. Bapa Inas juga telah membuangnya dan mengangap Inas menderhaka.

Inas membawa diri ke negara orang dan berjumpa Zakry. Mereka telah bernikah dan di kala inilah perasaan Inas pada Zakry sedikit-sedikit menjadi sayang walaupun Inas masih was-was dengan perasaan Zakry.

Perlahan-lahan bapa Inas mulai sedar akan kesilapan lalu, silap percaturannya mengahwinkan Inas dan Ikmal  dimana dia mulai nampak perangai buruk bekas menantunya yang memeras ugut, merampas rumah dan harta bapa Inas.

Nak tahu kisah selanjutnya nampaknya kena beli novel nie, memang pembaca suka apa yang ada di dalam novel ini. Watak Inas yang lembut dan seorang isteri yang hormat pada suaminya serta mentaatinya. Kedua-dua watak utama yang mendamaikan seiring dengan makna nama Inas iaitu baik hati.

Terima kasih buat NB... semoga menghasilkan lagi novel yang terbaek.

Next Novel : Awak Suka Saya Tak?... karya Melur Jelita...

Sekian

Puan Zai @ Jendela Hati...

Tuesday, March 20, 2012

Tauhu sumbat

Hmmm gara-gara sos cili untuk nasi ayam masih ada berbaki di dalam peti ais tu, jadi siap lah 10 keping tauhu sumbat yang di gandingkan dengan sos cili tersebut untuk makan malam ini.

Cuma taugeh nampaknya berkurangan sebab si kakak dah 'bedal' banyak sambil 'mengutip-ngutip' tauge di dalam pinggan yang berisi tauhu sumbat tersebut.

Al-kisahhh...

Sekian...

Puan zai @ JH...


Surgery check up Adik...

Salam hari selasa...

Hari ini 20hb puan zai cuti sehari. Cuti sehari untuk hantar adik ke Pediatrik Instituts, HKL untuk appointment kes ulangan dengan team Surgery under Dato' Doktor Zakaria. Kali ke berapa? Hmm tak ingat lah dah banyak kali sejak adik baby lagi dah datang sini.

Apa itu kes ulangan surgery adik boleh klik DI SINI.

Appointment hari ini jam 2 petang tapi kami sampai jam 12.15 tengahari. Awal kan kan... sahaja datang awal takut jem. Jam 12.30 dah amek nombor giliran sebab jam 1.30 petang baru kaunter pendaftaran di buka selepas waktu rehat kakitangan hospital.

Dah daftar jam 1.30 petang tu terus amek timbang berat dan tinggi adik. Tengok di tangan nombor giliran adik 205 bermaksud adik orang yang kelima akan berjumpa doktor. Tapi nombor giliran adik tak naik-naik. Sampai lah nombor 216 pun nombor adik tak naik. Nie mesti masalah fail kata hati puan zai. Jarang kalau di Pediatrik kita akan menuggu lama sebabnya sistem di HKL pun dah cukup baek dan tiada masalah menunggu lama.

Bila masuk bilik doktor, terus doktor kata maaf sebab nombor adik lambat naik kerana mencari fail adik tu buat nombor naik lama. Huhuhu dah agak dah mesti fail tak jumpa yelah fail adik tu dah terlalu tebal sampai terselit kat mana ntah...huhuukkk...

Check up adik berjalan dengan lancar. Kesihatan adik OK sekarang nie. Operation untuk repair TOF (Tracheo-oesophageal-fistula @ saluran makanan) adik di kala adik berumur dua hari pun nampaknya tiada langsung bermasalah.

Tadi doktor cuma tengok bekas operation di belakang badan adik aje, lepas doktor buat catatan sedikit di buku hospital adik dan appointment seterusnya pada 6 bulan akan datang iaitu bulan september.

Sebagai blogger yang tegar nie (tegar keh??? huhu) biasa lah si ibu nie suka benar nak snap gambo... hahaha... jom lah tengok keletah adik di pediatrik tadi...

 Kan sampai tengahari di pediatrik, so adik nak makan nasi.
Kami ke kantin kegemaran adik amek nasi dan lauk serta semestinya air bandung.
Anak-anak puan zai cukup suka sangat dengan air bandung hopital nie ntah mereka kata sedappp tapi adik minum sikit aje ye yang selebihnya ibu yang abeskan takut kang adik batuk.

 Lepas tu biasalah gi kedai depan klinik pula nak cari idaman hati adik.
Tapi tidak gula-gula ye adik...

 Haaa nak apa dik?
Semuanya adik nak adik kata hmmmm...

 OK ok... last-last ibu bayar kat kaunter RM9.10 semuanya.
Adik kata nak bawa balik nak bagi kakak sebab kakak tak ikut kakak gi sekolah.

 Masa nie dok tunggu depan bilik doktor.

Sambil tunggu sambil makan jagung rebus dulu.

Ini dia buku hospital adik yang puan zai pegang.
Ada tiga buku dah takat nie.
Dah nak penuh dah dengan catatan doktor.
Bulan depan sure kena tambah buku kosong lagi satu.
Sebab bulan april adik ada appointment dengan team respiratory pula.

Sebenarnyakan bukan sikit-sikit duit kita nak datang hospital nie. Mungkin ye pendaftaran hanya RM5 setiap lawatan. Itu pun sebab kerja swasta, tapi kalau keje kerajaan sure-sure dah free aje.

Bila puan zai tilik-tilik tengok ada juga orang susah yang datang sini timbul rasa kasihan di samping tu timbul juga rasa keinsapan diri, bersyukur kerana puan zai masih dalam hidup yang lebih baek dari orang lain dan kesihatan anak puan zai pun di tahap yang amat-amat baek. huhu...

OK ini aje cerita kisah hospital adik. Berjumpa lagi nanti ek... tata... wassalam...

p.s tadi kan kami terkekek-kekek gelak dan ketawa tengok telatah baby-baby yang pelbagai ragam. Ada yang baru dapat kaki tu comey je tengok keleteh mereka, ada yang menangis ada yang gelak suka... macam-macam ada...

Puan zai @ JH...


Monday, March 19, 2012

Nasi Ayam...

As-salam...

Alhamdulillah, rezeki hari isnin pada hari ini dapat menikmati nasi ayam buatan sendiri malam ini...

Dah lama tak masak nasi ayam... Jemput makan ye...

 Nasi ayam dah tentu ada ayam, ada sup, kicap dan sos serta timun dan tomato.

 Ayam seekor di goreng.

 Kakak makan dua kali tambah.

Tapi adik sibuk makan jeli kelapa... pastu buat muka camtu bila snap gambar... isk3x...

Sekian... Puan zai @ JH...