As-salam...
Minggu lepas bersamaan dengan 29 June 2013, puan zai dan rakan-rakan telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat baek kami di Linggi, Negeri Sembilan.
Excited sebenarnya nak gi kenduri kahwin sahabat nie sampai kan puan zai sendiri tak lena tidur nak tunggu hari siang pagi tu... hehe... tu la kan sapa yang nak naik pelamin ntah... sepatutnya pengantin tapi yang ini tetamu pulak yang tak lena.
Puan zai rasa mungkin disebabkan persahabatan kami yang kekal lama ini buatkan puan zai tak sabar nak ke Linggi untuk melihat pengantin bersanding di pelamin yang dia hias sendiri.
Walaupun sudah seminggu majlis berlalu, masih terbayang wajah pengantin yang kelihatan ceria dan gembira.
Puan zai doakan semoga sahabat baek ini, Emma dan suami berbahagia hingga akhir hayat. Semoga jadi isteri solehah ye! Amin...
Tahniah!
Selamat pengantin baru buat Emma & Fendy.
Cantek bunga pahar hasil buatan dari tangan pengantin sendiri.
Puan zai dapat 4 kumtum iaitu 4 warna, semua puan zai letak kat meja opis dan letak depan mata hehe.
Dapat jua bawa balik beberapa bunga pahar dan goodies untuk sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir yang memberi hadiah.
Puan Zai @ JH....
No comments:
Post a Comment