NKB: Novel
Ku Baca
Dan
Sebenarnya Cinta…
[Karya:
Syafa’ Ikhwan]
Nama saya
Nur Sufrina Binti Abdul Razak. Seorang pelajar universiti dan sangat berminat
dalam bidang penulisan. Gadis yang biasa-biasa saja, tetapi orang kata senyuman
saya manis. Tapi tak ada sesiapa pun yang tahu, saya memikul tanggungjawap yang
sangat berat. Ya, tanggungjawap selepas peristiwa hitam itu terjadi dalam hidup
keluarga saya.
“Kalau
apa-apa jadi kat akak, tolong akak jaga anak ini. Lindungi dia macam anak Suf
sendiri. Kakak merayu. Jangan benarkan Firdaus ambil anak ini! Jangan benarkan!
Janji dengan kakak. Ya, Suf?-Nur Sazrina
Ya,
Rohaizat memang sentiasa ada ketika saya susah dan senang. Tapi saya masih tak
pasti. Adakah dia orangnya? “Kenapalah Sufrina? Kalau awak tak cintakan saya,
saya tak boleh salahkan awak. Tapi kenapa saya tak boleh lupakan awak? Kenapa
mesti awak yang saya cinta?!”-Rohaizat
Tiba-tiba
dia hadir. Saya bertemu dia, lelaki yang saja menyakitkan hati. Tapi, entah
mengapa… saya asyik tersenyum sendiri apabila teringatkan sikap egonya itu.
“Tak elok perempuan marah. Nanti cepat berkedut. Tengok, kedut-kedut kat muka
awak tu dah makin Nampak.”-Amirul Haikal
Adakah dia
sebenarnya yang saya cari selama ini? Tapi, saya takut dia tak dapat menerima
kehidupan sayang yang sebenarnya… “Saya Cuma lelaki bodoh tang sentiasa ditipu
oleh perempuan yang sama!”-Amirul Haikal
Akhirnya,
siapakah yang menajdi pilihan hati saya, sedangkan sangat sukar untuk saya
membuat keputusan ini? Saya memang sayang dia! Tapi kalau saya memilih dia,
mampukah dia menerima kehidupan saya yang sebenarnya. Saya mencari seorang
teman yang sanggup bersabar untuk terus mencintai saya.
“Saya
sayangkan awak bukan sekadar teman. Saya yakin, awaklah yang saya cari. Dan
saya akan terima awak seadanya.”-Nur Sufrina
Next Novel: Setia Hujung Nyawa... Fatin Nabila...
Puan Zai @ JH...
No comments:
Post a Comment