As-salam...
Seharian puan zai kepenatan. Bukan penat apa, penat berjalan huhu... tu yang sekarang nie tengah post entry lelaju. Jam pun dah ke angka 6.30pm. Dah nak maghrib dah.
Pagi tadi ke Tesco Menjalara kejap bawak anak-anak jenjalan. Sambil tu nak cari riben. Seingat puan zai lah memang ada nampak kedai riben-riben tapi rupanya tersalah tafsiran. Takde kedai cengitu di sini. Dalam kedai Popular ada lah tapi tak banyak pilihan. Last-last ke kedai Hinode beli bekas kaca untuk hantaran.
Herm nampaknya bawa anak-anak pi makan dan bermain aje lah di Teco pastu terus ke Jalan TAR.
Yang mana satu pilihan hati???
Macam-macam ada.
Ada dua kedai kat Semuahouse yang puan zai masuk tadi.
Kedua-duanya murah-murah belaka.
Tapi puan zai perhatikan kedai Yen Riben nie bunga pahar dia murah-murah. Tadi cuma usha-usha aje dulu, tak beli pun.
Rasanya tak perlu ke Nilai 3 untuk persiapan perkahwinan.
Anda boleh dapat kan di Semua House juga.
Naik 'gila' tengok goodies yang di jual.
Sebenarnya, dulang hantaran semuanya dah siap.
Tinggal nak letak barang aje.
Puan zai cari riben tu untuk dok ikat kat bebarang hantaran tu nanti.
Selain riben untuk hantaran, puan zai ada beli riben ready made, riben yang akan di ikat di semua 15 kereta pengiring yang akan ke Banting untuk majlis pernikahan adik puan zai.
Cumanya, ari jumaat nanti tinggal nak cari bunga aje untuk sireh junjung.
Puan zai tadi ada beli alas hantaran RM3 satu.
Anak-anak nak KFC sebab nak pekena udang nie.
Udangnya 'gemok-gemok'.
Kakak suka Zinger dari ayam.
Adik suka drumstick.
Dah makan main kejap.
Kepala si ibu asyik ingat riben aje saat anak sedang bermain nie. Time nie tak sabo nak gerak ke Jalan TAR. Bole tahan ramainya kat sana. Cuma kalau ari raya, time dua minggu sebelum raya, pengunjung lagi ramai berbanding tadi.
Stop di sini dulu sambung kendian ye. Tata...
Puan Zai @ JH...
No comments:
Post a Comment