As-salam...
Ishhh sakitnya hati kita bila baca newspaper pagi tadi. Sedih baca kisah sekeluarga gajah tu. Nak-nak bila baby gajah nak susu dari ibu gajah yang telah mati. Geram puan zai tengok.
Puan zai emang peminat gajah. Sensitif betul kalau tengok berita bila gajah-gajah di bunuh atau dianiaya.
The Star - kesian tengok baby tu...
Yang ini pulak puan zai baca kat Metro.
Yang di bawah nie puan zai baca online Kosmo pula.
l
l
l
V
SEORANG kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah berada di
lokasi penemuan bangkai gajah pigmy yang dipercayai mati diracun di
Hutan Simpan Gunung Rara, dekat Tawau, baru-baru ini.
TAWAU – Kawasan Hutan Simpan Gunung Rara yang terletak kira-kira 130
kilometer dari sini bukan lagi menjadi tempat perlindungan yang selamat
bagi gajah pigmy atau Gajah Kerdil Borneo apabila 10 ekor haiwan spesies
yang dilindungi itu ditemui mati dipercayai diracun dalam tempoh dua
minggu lalu.
Kesemua gajah yang ditemui mati itu dipercayai daripada satu
keluarga membabitkan tujuh betina dan tiga jantan berusia dari empat
hingga 20 tahun.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kesemua gajah tersebut
menjadi mangsa kekejaman manusia termasuk siasatan terhadap penggunaan
racun tikus.
Teori racun tikus itu timbul selepas kes tujuh ekor gajah pigmy
ditemui mati akibat termakan bahan berbahaya itu di Rizah Hidupan Liar
Tabin, Lahad Datu kira-kira 10 tahun lalu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr. Laurentius Ambu
ketika dihubungi semalam menceritakan, misteri kematian haiwan itu
dilaporkan pada 23 Januari lalu selepas empat bangkai gajah ditemui di
sepanjang jalan pembalakan Telupid di kawasan hutan simpan berkenaan.
Kawasan penemuan bangkai itu pula terletak kira-kira lima kilometer
dari kem pembalakan Empayar Kejora Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat
Yayasan Sabah.
“Sepasukan anggota dari Jabatan Hidupan Liar telah menyiasat di
lokasi tersebut sebelum menemui empat lagi bangkai gajah dua hari
kemudian,” katanya.
Awal bulan ini, kakitangan jabatan itu menemui dua bangkai gajah di
kawasan berkenaan dan menjadikan keseluruhan bangkai yang ditemui ialah
10 ekor.
Beliau juga mengesahkan siasatan awal mendapati kesemua gajah tersebut mati akibat termakan racun ~ Kosmo
Bila puan zai tengok gajah-gajah nie teringat masa pegi ke Kuala Gandah dulu. Seronok tengok mereka si gajah-gajah.
Puan Zai @ JH...
No comments:
Post a Comment