As-salam...
Salam awal pagi.
Dah jam 2pagi tapi masih belum tido.
Tadi dah selesai sentuhan terakhir dulang hantaran sebanyak 7 dulang + 1 dulang bekas rantai leher dan duit hantaran untuk majlis pernikahan adik lelaki puan zai sabtu nie.
Ini citer di rumah, citer di opis pula pagi tadi kami kaum perkerja menghadiri Quarterly Team Update di Auditorium.
QTU ni seisi quarter 4 untuk 2012. Selama 1 jam dok dengar presentation dari management.
Tema hari ini pula ialah Red Hot Chili. Jadi semua orang digalakkan memakai pakaian bertemakan merah. Sapa-sapa menang best dress dapat cash RM100.
Sebelum masuk auditorium tadi dapat dua bijik seorang limau mandarin.
Merah makngah sahabat ini.
Cantek tudung vietnam eh.
Macam berjanji pulak dua-dua pakai pokodot.
Kasut pun merah.
Antara staff yang dapat awards siang tadi.
Alamak mata tak boleh bukak dah nie. Kalau nak bertahan lagi kena letak batang mancis kat mata nie nak bagi bukak... oleh itu minta diri dulu.
Sembang lagi. Tata...
Puan Zai @ JH...
No comments:
Post a Comment