Saturday, February 9, 2013

Kenduri lagi


As-salam...

Pagi nie jam 10 pagi nak ke Masjid Ubudiah sempena pernikahan adik sepupu puan zai sebelah rumah. Mata nie sebenarnya ingin beradu lagi... malam tadi pun balik rumah jam dua pagi.

Biasalah kalau berkenduri kendara nie banyak benda nak di buat. Buat kueh mueh, buat doorgift/goodies, tengok orang buat pelamin, tengok orang buat meja makan beradap pengantin dan paling meriah acara gelak ketawa dan usik mengusik.

Rumah makcik puan zai kalau ada kenduri kendara pasti ada karaoke, tak perlu orang punya, semua complete dengan set karaoke sendiri. Gegar satu kampung.

Menyanyi la sepuas ati di malam kenduri hehe...

 Walaupun dah ada caterer, pelamin, canopy dan andaman dalam satu pakej, tetapi makcik puan zai nak masak lauk extra untuk majlis besar arini selepas nikah.
Malam tadi kami 'mengerjakan' petai nak buat masak tempoyak petai dan ikan bilis.
Tukang buat datang khas dari Negeri Sembilan, makcik sedaro den hehe.

 Pelamin baru siap malam tadi.
Sekejap aje siap walaupun mula buat jam 10 malam.

 Ini acara mengentel kueh badak.
Banyaknya tangan menolong.

 Hantaran untuk pihak lelaki.
Yang belom di letak kek.
Ada dalam frezer.
Sireh junjung buat pagi ini agar bunga nampak segar sepanjang hari.

 Saja nak interprem kejap..

OK lah lepas post entry nie, terus nak siap-siap. Apak arini jadi DJ kejap untuk majlis ini. Anak-anak u pasti gembira. Bukan gembira apa gembira dapat bermain sepanjang ari... huhu...

Semoga majlis sepupu ku ini berjalan dengan lancar. Amin.

Selepas majlis pernikahan Zuhaili & Zamri pagi arini, tengahari diteruskan dengan majlis persandingan mereka dari jam 12 tghari hingga malam hari.

Sekian. Tata...

Puan zai @ JH...