Sunday, February 3, 2013

Majlis Berinai ~ Rin & Ira


As-salam...

02-02-2013 ~ Selesai sahaja Majlis pernikahan adik lelaki puan zai petang semalam jam 3 petang, majlis disambung dengan majlis berinai di rumah pengantin perempuan. Dalam jam 8.30 malam majlis bermula.

 Pendekar sedang berinai...
Eh eh bukan... ini adik lelaki puan zai...

 Pengantin perempuan.

 Malam tadi masa majlis berinai ada buat tepung tawar.
Tak de la tepungnya, cuma pakai air mawar dan bunga rampai.
Tepung tawar pun melibatkan semua adik beradik mak.
Untuk kita-kita sahaja.

 Dua orang pengapit pengantin.
Jangan main-main ada dua orang pengiring.

 Rombongan pihak lelaki.
Sebanyak 10 bijik buah kereta mengiring pengantin semasa majlis nikah dan berinai ini.
Ramai kan hehe.
Selepas majlis malam tadi, ada yang balik KL.
Yang lain-lain dok kat Homestay.

Cak pong cak pong.
 

Mak dan makcik-makcikku.
 
Mak memulakan acara berinai.
 
Sayang mak.
Siang tadi sampai rumah dari Banting setelah selesai majlis, mak drama airmata terkenang anak teruna yang dah jadi suami orang huhu.
 
Abah pula menepung tawar pengantin.
 
Ini orang kuat.
Paksu puan zai.
Alaa paksu gambar kabur lah pulak.
 
Ehem-ehem... tuan tanah interprime laa...
Rasanya 1st time puan zai buat nie.
 
Adik perempuan puan zai.
 
Ini makngah.
Ala makngah tak nampak muka.

Bersama empat orang anak buah.
 
Ini mak pengantin perempuan.

Bergambar kenangan bersama mak dan abah.
 
Bersama kakak-kakak cun...
 
Cun nak...
 
Dah selesai berinai dan bergambar, terus ke khemah jamuan.
 
Lauk pauk memang sedap.
Malam tadi lauk ayam masak kicap, daging hitam, ayam masak merah, gulai ikan masin nenas, ikan bilis goreng bercili dan begedil comey-comey je bulat dia.
 
Start petang semalam adik start panas badan dia.
Mungkin dengan cuaca yang panas sekarang nie.
Tekak adik pun sakit adik kata.
Bekalan ubat emang puan zai bawa dari rumah.
Masa nie adik nak tido rasa ngantuk.
 
Anak dara sunti nie makan apa?
 
Abah dan mak suka pancaragam nie.
Maklum la mereka membawa lagu-lagu tahun 60an.
Tapi kami tak lah lama-lama di sini, lepas makan terus balik homestay untuk rehat dan zzzZzz.
 
Ini gambar pagi tadi.
Kami beli sarapan nasi lemak dan roti canai di warung berdekatan dengan homestay kami tinggal.
Sedap nasi lemak dia.
Time-time pepagi semua dah berkeronong perut nak makan.
 
Homestay dari depan.
Harga satu malam RM180.
Ada tiga bilik dan satu bilik air.
Air cond lak ada dua.
Kat sini kami amek lagi satu bilik dengan harga RM90.
Ada jugak yang lain-lain dok kat hotel 3 bintang dengan harga RM80 tak silap untuk semalam.

 Depan Homestay kami tinggal tu ada perusahaan kecil yaang dulunya dirasmikan oleh YB Datin Seri Siti Hasmah Mohd Ali.

Perasaan masing-masing termasuk mak memang terlalu seronok dan excited. Alhamdulilah semua dah selesai. Amin. Nanti puan zai postkan gambar-gambar masa bersanding pula.

Terima kasih untuk post ini. Jumpa lagi.

Sekian. Tata...

Puan Zai @ JH...



 

No comments: