Wednesday, January 2, 2013

Biar Cikgu rotan Ibu...


As-salam...

Hari ini puan zai cuti sempena hari pertama persekolahan anak-anak. Anak-anak yang excited pagi tadi nampaknya seronok ke sekolah. Kakak di tahun 5 dan adik di tahun 1.

Alhamdulillah adik tak ada buat hal. OK jer puan zai tengok, siap sengih-sengih je bila nampak ibu dari jauh.

Puan zai risau jika adik menanges. Terkenang masa adik di tadika yang adik menanges selama 8 hari berturut-turut masa umur adik 5tahun.

Mungkin adik dah 2 tahun ke sekolah tadika jadi adik dah biasa dengan suasana alam persekolahan. 

Tadi ada jugak murid pra-sekolah yang menanges sampai satu sekolah dengar. Mesti si ibu itu risau melihat anaknya begitu sampai bergegar pintu besi kelas pra-sekolah tu di pegang oleh anaknya. Puan zai paham perasaan ibu itu huhu.

Puan zai menunggu juga tadi. Tunggu pun cuma di tingkat bawah. Tengok anak pun dari jauh. Masa rehat pun ada menjenguk si adik, nak tengok bagaimana adik nak berbelanja di kantin. Puan zai tak perlu risau sebab cikgu-cikgu yang bertugas sedia membantu mereka.

Terima kasih cikgu!

 Perhimpunan pagi di sekolah.

Puan zai tergelak mendengar bicara adik malam tadi. Sedang puan zai dan si kakak memberi nasihat dan tip-tips ke sekolah puan zai ada berkata:

"Adik jangan lari-lari dalam kawasan sekolah nanti ibu nampak adik lari ibu jerit satu sekolah"

Dan adik pun menjawap...

"Kalau ibu jerit dalam sekolah adik, adik cakap cikgu biar cikgu rotan ibu yang jerit-jerit tuu"

Hmmm... pandainya menjawap...


 Lepas adik masuk ke kelas tadi, puan zai dan apak 'lari' kejap untuk bersarapan. Biasalah puan zai order tosai dan horlick o.
Pinggan yang licin tu pinggan roti canai apak.

Masa nie dalam jam 9pagi, anak murid di bawa oleh cikgu yang tertugas berjalan-jalan sambil melawat bangunan dan bilik di sekitar kawasan sekolah.
Yang penting mereka mesti tahu di mana tandas.
 
 Masa nie mereka nak melawat kawasan pejabat sekolah.
Dari jauh adik dok tersengih-sengih.

 Mulanya puan zai hanya melihat dari jauh.
Cikgu ada untuk beri tunjuk ajar pada mereka supaya nanti mereka pandai membeli sendiri.
Puan zai pun tak nak la kacau, biar adik boleh berdikari.

Okeh... bila adik siap membeli adik terus duduk di tempat makan.
Tahu tak adik beli apa?
Hmmmm adik cuma membeli susu kultur aje!
Aiiii melompat la puan zai jumpa adik.
Puan zai kata kat adik waktu rehat ialah untuk makan, puan zai arahkan adik supaya membeli makanan supaya tidak lapar dalam kelas.

 Aik tomonung apo eh jang???
Last-last adik beli mee goreng.
Mee goreng harga RM1.
Air dari rumah.
Siap.

 Sesiapa yang siap makan tu, cikgu dah pesan boleh tunggu di Dewan Makmur sementara loceng berbunyi.

 Setelah mereka masuk kelas memasing, tahap 2 (tahun 4-6) pula berenti rehat.
Dah besar anak dara nie dah tahun 5 dahhh...

 Masa nie kakak pula beratur untuk masuk kelas semula.

 Eh eh nie gambar lauk bila eh?
Nak menyelit jugak kannn...
Heheh ni lauk semalam puan zai masak masak asam pedas ikan tongkol.

 Sebelah petang pula puan zai buat sardin roll.
Dalam 10 keping lebih, semua licin.

 Malam pula puan zai tak ke dapur.
Ini apak yang goreng kan nasi atas permintaan si anak-anak.

Anak-anak abes sekolah jam 1 petang. Jap lagi puan zai nak keluar untuk menjemput mereka.

Apa la citer yang akan mereka sampaikan pada puan zai nanti. Puan zai dari pagi dok miker bila melihat adik yang dah 7 tahun nie macam tak percaya bahawasanya dahulu lahirnya baby lelaki yang seberat 2.41kg cuma ini kini sudah besar dan semakin membesar.

Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi anak yang berjaya dan berjasa. Amin... In Shaa Allah...

Sekian, jumpa lagi ya... tata...

PUAN ZAI @ JH...


 

1 comment:

abu muaz said...

memanglah menggerunkan ibu kalau anak mula menangis di sekolah hanya yang berpengalaman saja yang tahu.