As-salam...
Pagi nie sebelum subuh dah bangun macam biasa walaupun malam tadi kelewatan masuk tido. Balik dari rumah Atuk di Kg Dato' Keramat sempena Family Day semalam pun jam dah ke angka 12.30 pagi.
Itu lah orang kata dah jadi mak-mak orang nie mata tak reti nak terlajak bangun lewat. Sesekali cuti-cuti nie nak jugak landing lelama... hermmm...
Kedebak kedebuk itu dan ini sesampai di rumah, ntah jam berapa terlelap sendiri. Seronok ada acara macam nie di rumah atuk. Majlis tahlil untuk arwah nenek puan zai, acara makan yang pelbagai jenis hidangan dan acara gelak ketawa dengan lucky draw. Inilah Famili Day kami, acara adik beradik sahaja.
Sebenarnya malam tadi kebanyakkannya adik beradik mak bawa makan sendiri dari rumah. Ala-ala potluck la jugak. Cuma ada kejutan birthday cake untuk sapa-sapa yang hari kelahirannya jatuh pada bulan Dec dan Jan.
Yasin untuk arwah Onyang... Allahyarhamah Jaharah Awi.
Al-fatihah.
Menu utama malam tadi ialah kari kambing.
Perghh sedap lah.
Tapi puan zai jamah sikit je.
Yang ini pak lang puan zai yang jadi chef.
Pak lang emang terer la masak kambing.
Haaa yang ini peberet.
Mak ngah yang masak.
Yang bestnya petai emang banyak dalam goreng cili ikan bilis nie.
Anak dara puan zai siap tapau sendiri petai semasa seisi menapau makanan sebelum balik.
KFC ada dua kotak sumbangan dari dua buah keluarga.
Terung masak tauhu tu sedap, air tangan mak ngah.
Siakap sweet n sour.
Antara kueh-mueh dan buah-buahan.
Kueh koci tu inti kelapa dan dorian.
Ada cheese tart jugak tapi ntah mana tersoroknya.
Keropok dan kueh baulu berkaler-kaler.
Selain tu ada bubur kacang hijau dan bubur jagung.
Anak teruna puan zai suka bubur nie, makan dua kali tambah.
Ini pinggan puan zai.
Nasi sesenduk jerk tapi lauk keliling.
Birthday cake.
Acara makan-makan sedang bermula.
Selepas acara makan-makan reramai, acara bincang-bincang pula dengan bakal pengantin.
Bakal pengantin yang baju merah tu iaitu adik lelaki puan zai.
Majlis nikahnya pada sabtu depan di Banting.
In Shaa Allah kami akan bermalam di Homestay berdekatan dengan pekan Banting. Maklumlah Majlis nikah pada jam 3 petang manakala majlis berinai pula sebelah malam.
Bimbang keadaan akan jadi ribut, kami sepakat tido kat homestay aje lagipun majlis bersanding dan kenduri pada esoknya hari ahad.
Dah selesai acara makan-makan dan bincang-bincang terus buat cabutan lucky draw.
Sebenarnya ada 5 hamper (untuk 5 orang adik beradik mak shj) cuma dapat snap 3 daripadannya.
Goodies pula dapat biskut Elken nie.
Sodap.
Keje kat dapur tu dah setel pagi nie. Dah perhangat semua lelauk semalam yang ditapau bawa balik. Puan zai telan oat aje pagi nie tapi apak dan anak-anak pekena nasi puteh dan lelauk smlm.
Seisi ber'sauna' dengan baju sekolah dan baju keje akan giat dijalankan sebentar lagi. Selain tu nak 'sauna' kan pakaian nikah pengantin baru tu. Sepersalinan baju melayu warna keemasaan.
Nak jenjalan di google kejap lepas nie. Cari idea camner nak buat sireh junjung.
Lepas tu nak siap-siapkan beg pakaian satu famili untuk ke Banting next week.
Sekian. Kita sambung lagi ye. Tata...
Puan Zai @ JH...
No comments:
Post a Comment