Saturday, January 26, 2013

Nasi Lemak Sotong Istimewa!


As-salam semua...

Selamat bercuti di hari minggu. Minggu ni cuti panjang sikit. Esok Thaipusam jadi senin replacement leave.

Pasti ramai ada agenda sendiri arini. Puan zai ke Kg Dato' Keramat yakni umah atuk puan zai. Malam nie ada Famili Day. Ada macam-macam acara time berkumpul reramai nie. Ada majlis tahlil, acara makan-makan, acara lucky draw dan games. Anak-anak pasti seronok.

Semua adik beradik mak dan sepupu ada. Cuma apak aje yang ada agenda sendiri. Petang nie apak ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebab ada majlis maulud.

Pagi tadi kami bersarapan di kedai Nasi Lemak Sotong Istimewa! di Jalan Au3/12. Kedai nie peberet anak-anak. Sambal sotong dia lembut dan sedap. Itu yang special sambal di sini. Ada juga lain-lain lauk dan pelbagai jenis kueh-mueh dan makanan lain.





 Dua bungkus nasi lemak untuk mak dan abah.


 Licin dah pun...

 Ini hamper lucky draw sumbangan famili puan zai.
Setiap satu famili satu hamper.
Ntah sapa la yang dapat hamper yang tak seberapa nie ye... hehe...

Sesekali ada acara macam nie akan mendekatkan kita pada saudara-mara yang tinggal dan keje jauh. Seronok kalau dapat berkumpul.
 
Lagipun bulan feb dan march nie ada dua kenduri besar di rumah kami dan umah atuk dimana sepupu puan zai akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya. Kami akan sibuk minggu depan dimana adik lelaki puan zai pula akan nikah di banting bersama gadis pilihannya.
 
Perasaan emang excited nak buat kenduri kendara nie, lebih-lebih lagi nak dapat adik ipar perempuan. Mak dan abah lagi laa excited sbb nak dapat besan. Maklumlah kedua-dua mertua puan zai dan mertua adik perempuan dah kembali ke rahmatullah. Excited kan mak dan abah nak dapat besan baru. hehe...
 
OK dah panjang berjela pulak bersembang. Kita sambung lagi sembang-sembang nie... tata...
 
Puan Zai @ JH...
 
 
 

 

2 comments:

Kamsiah yusoff said...

seronok bergathering bersama adik beradik,iparduai...kan..mengeratkan silaturrahim..

Totie@Tomy said...

bestnya..lama dah saya tak balik kg..last balik masa pantang dulu..mak saya tiap2 bulan datang sini..tak sabar nak raya kat kg..