Sunday, February 24, 2013

CNY Get Together Lunch


As-salam...

Tema: Merah @ Pink.
Khamis lepas ada makan-makan sempena CNY.
Ramai yang dah balik dari bercuti CNY aritu, so President buat makan-makan untuk satu division kami.

 Bergambar dengan rakan sekerja.

 Puan Zai dan Puan Atun.
Cantek tudung Puan Atun, tudung baru dari Vietnam.

 Ada banyak menu.
Ada nasi goreng cina, spageti goreng, ayam cili, fillet ikan bersos, wantan, udang goreng dan sayur campur.

 Yang ni mesti ada.

 Yang ini sedap, tak ingat nama eh... ala-ala yongtaufoo cuma dorang buat roll dalam tu ada sayur.



 Biasa lah mesti ada music kan baru syok.
Lagu CNY yang la la la la tu best jugak dengar hehehe tak tau la tajuk lagu apa, tau dengar aje.

Puan zai kena buat deco sebelum majlis.
Alahai nama department pun Events & Promotion Dept kannn... huhu...
Yang gantung-gantung tu emang dah ada sebelum CNY lagi.


 Makan-makan.
 Yee Shang cuma untuk bosses aje kat dalam meeting room.
Staff tarak campur, staff sibuk dah makan kat hall sedap-sedap.

 Ehem-ehem.

Pehtu boleh pekena biskut raya.

Esok banyak benda nak setel. Keje kat opis banyak benda jugak nak follow-up. Hal kat rumah pula ada yang setel. Goodies untuk majlis persandingan adik lelaki dah siap semuanya.

Tadi orang canopy dah bagitau nak pasang canopy ari khamis nie. Caterer pun dah call tadi sebab depa tanya jalan ke rumah.

Excited pun iye. Semoga segala urusan kenduri kendara hari ahad nie di rumah kami dipermudahkanNya. In shaa Allah. Amin.

Sekian. Berborak lagi nanti. Tata...

Puan Zai @ JH...

 

1 comment:

Totie@Tomy said...

wah meriahnya dapat ang pow..hehe