Wednesday, March 6, 2013

Majlis Rin & Ira



03-03-13
 As-salam...

Pada tarikh di atas selamat sudah Majlis Menyambut Menantu di rumah kami di Bukit Segambut.

Majlis nikah dan bersandingan adik lelaki puan zai di rumah pengantin perempuan telah pun di adakan sebulan yang lepas iaitu pada 02-02-13.

Rasa lapang dada kenduri yang di tunggu-tunggu telah selesai.
Hari ini puan zai letak dulu di antara gambar yang ada.
Banyak gambar yang di ambil.
Nak letak part by part sebab banyak sangat le hehe.
Ini kamera sendiri, maklum le kamera cap ayam, nak tengok gambar dari kamera cap ayam turkey yang lebih cun nanti puan zai masukkan.
 Tahniah Rin & Ira.



 Kakak mu ini doakan semoga dikau dan isteri berbahagia dan dimurahkan rezeki selalu.

 Pelamin nie sepupu puan zai yang buat.
OK tak?
Bagi puan zai shantek sangat.
Tema purple.


 Meja pengantin.
Purple lagi.

 Kali ini puan zai suka cita nak tayang lauk pauk dulu.
Emang suka nak tayang lauk.
Puan blog nie emang camtu.


 Udang nie pepagi puan zai dah goreng dan cucuk terus kat nenas.
Deco nya makngah puan zai yang selesaikannya.
Thanks makngah sebab bantu buat menu makan beradap untuk pengantin.

 Goodies kotak untuk para tetamu dewasa.
Gula-gula untuk tetamu cilik.
Lagi purple.

 Menu ada nasi beriani, kari daging, ayam masak merah, arca, buah dan kueh mueh serta dadih.

 Ada juga ayam panggang dan ikan bawal sweet sour.

 Antara pemberian rakan-rakan pengantin.

 Purple.

Purpleeeee...

Heehehee tema purple kan so semua purple la gamaknya.
Baju famil dan saudara mara pun purple.
Pengantin jerk pakai baju puteh, kalau purple jugak nanti orang tak nampak pengantin hehehe...

OK stop dulu di sini.
Nanti sambung part 2 pula.

To be continue...

Tata...

Puan Zai @ JH...

No comments: