Saturday, March 23, 2013
Novel: Setia Hujung Nyawa ~ Fatin Nabila
NKB: Novel Ku Baca
Setia Hujung Nyawa
[Karya: Fatin Nabila]
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu budan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.
Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Komen JH:
Kesibukan diri membuatkan pembaca mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya novel ini. Sibuk dengan kenduri kawen adik lelaki dan sibuk di pejabat. Ini bukan bermakna novel ini tak menarik tapi empunya diri yang lambat menghabiskannya.
Asalnya semasa pembaca memula pembacaan hari tu, si anak dara pembaca menegur yang novel pembaca ini sama seperti di kaca tv. Ehhh... yelah dah ada drama pula. Anak dara pulak layan drama di tv jadi ibu dia sama-sama tumpang sekaki.
Masa tu layan novel dan layan tv dalam masa yang sama. Cerita ini sungguh menarik sekali dengan gabungan dua watak yang menarik. Pembaca tabik lah!
Apa-apa pun secara peribadi pembaca dapat rasa lebih dekat lagi penghayatan membaca novel Setia Hujung Nyawa ini di buku dari menonton di kaca tv, walaupun di kaca tv kita boleh lihat watak Ersalina dan Zain di 'alam nyata'.
Novel ini akan pembaca simpan dengan baek kerana pembaca sangat sangat suka dengan kedua-dua watak yang telah di sempurna dengan baek oleh Fatin Nabila.
Selamat berjaya pada Fatin Nabila. Terima Kasih.
Next Novel: keINDAHan Cinta IMAN ~ Zuraidah Othman
Puan Zai @ JH...
Labels:
Novel Ku Baca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
is tngok sat2 ja ceta ni masa tayang kat tv witu.. huuu~
Post a Comment