Thursday, May 8, 2014

Di hari lahirku


As-salam...

Wah... Lama betul tak singgah sini. Singgah sebulan sekali ye hmm. Tu lah kalau bz di sana sini. Kasihan pada blog yang dah lama menyepi.

OK lah puan zai just nak bagitau yang puan zai semakin menghampiri 4 series nie hehe. Walaupun masih tinggal beberapa tahun lagi nak ke angka tu puan zai harap puan zai di panjangkan umur yang di rahmatiNya dan senantiasa di berikan rezeki yang diberkatiNya. Semoga kebahagian yang puan zai kecapi selama ini berkekalan amin.

Pada birthday puan zai 25 April lalu, minggu tu minggu bz betul. Bukan bz apa pun. Bz makan. Orang belanja makan sana sini. Alhamdulillah. Rezeki. Terima kasih pada kawan-kawan yang masih mengingati diri ini. Terimah kasih untuk semua wish birthday dan hadiah-hadiah dari anda semua. Nanti kita berjimba lagi haha.

Cehhh panjangnya mukadimahnya. Jom la kita layan pic pulak...

Di hari lahirku...

 OK, ni diaaa muka birthdaygirlnya haha... ehhhh gemukzzznyaaa... eh eh sebenarnya bukan nak tayang muka nie lah. Cuma nak tayang pemberian dari mak puan zai nie. Mak beri sejam sebelum tiba birthday puan zai. Pemberian tak seberapa mak kata. Tudung. Terima kasih mak. Terima kasih beri hadiah nie. Terima kasih atas ucapan dan pelukan mak yang panjang. Seakan tidak mahu ku lepaskan. Kau lah ratu hatiku. Tanpa mak akan sunyi hidupku.
 
 Sehari sebelum birthday puan zai, boss ajak lunch luar. Jadi ke sini la kami singgah @ Times Square. Thanks Angela. Tahun depan belanja lagi ye hehe.

 Dah lama weh tak makan di sini. Jadi menu nie yang puan zai pilih. Makan sampai licin sebab lapo dah masa tu.

 Kami pergi berempat. Jadi ada 4 mufin. Puan zai pilih vanilla. Boss amek banana. Sedappp...

 Selesai makan, sebelum balik opis. Sahabat pula belanja kek. Kek nie puan zai tak makan. Puan zai bawa balik untuk anak-anak. Bab kek nie puan zai mesti ingat anak-anak. Rindu kat depa kalau kita keluar makan sedap-sedap kat luar. Ingat nak amek kek durian untuk adik tapi takut ada bau le. So amek yang lain je. Thanks Anne.

 Start jam 12 pagi. Mesej mula masuk. Whatsapp juga masuk. Begitu juga FB, Line, Kakaotalk dan lain-lain. Terima kasih kawan-kawan atas wish anda. Puan zai mengamin semua wish anda.

Lunch tu kawan opis bawa gi makan kat Little Penang, Mid Valley. Puan zai lapo nasik masa tu. So puan zai pekena nasi lemak ayam. Sambal dia memang terbaek. Kawan juga belanja rosak buah. Sedap rojak dia. Kalau ter amek mangga kembang kuncup dalam mulut rasa kemasamaannya haha. Thanks Zila.



 Hari tu jugak lepas keje, puan zai and the geng ramai-ramai jumpa kat Times Square. Dah lama weh tak jumpa. Masing-masing kerinduan. Thanks pada semua sahabat-sahabatku. Pic dari kanan Emma, KakPah, Cik Rose, Fiza & Mas (Mas tak dapat hadir sebab jauh huhu) yang sama-sama sambut birthday diriku ini haha.




 

 Masing-masing memang dah menanggung lapar dan menanggung rindu nak makan Johnny's Steamboat yakni tempat feberet kami semua. Dok melilau mencari rupanya Johnny's udah closed shop kat sini... Hmmm terliuq nak pi Johnny's tau. So pusing-pusing, piker-piker nak makan apa puan zai cadangkan ke sini = Tappers Cafe.
 
 
Di sini banyak western food, kira ok la boleh pekena pasta. Menu yang puan zai pilih ialah menu di atas nie. Puan zai pernah pekena sandwish sebelum nie so kali nie puan zai pilih pasta. Kitaorang order menu lelain jadi boleh rasa masing-masing punya pinggan. Berganda la kenyangnya.





Eh mana pic air? Hilang la sudah... Kat sini kalau order air panas, sugar kena add sendiri. Baguskan? Kurangkan manis dalam minuman.

 Comel tak? Comel tak? Ini baby Emma. Zulaikha ni dah 3 bulan. Cute sangat. Montel. Time ku dah habis Ma bawa handbag nie. Sekarang time ko pulak ye hehe.

 Bergambar dengan baby pulak. Gerammm...

 Ini hadiah kami untuk Zulaikha.

 Ini pula hadiah dari adik ipar puan zai. Thanks Iera.
 
 Puan zai dapat voucher KFC & Papa John nie dari adik lelaki. Thanks Rin. Malam tu jugak puan zai ke KFC atas permintaan anak lelaki puan zai. Melompat dia nak makan KFC. Suka sangat. Layannn...

 Haaa ini le hadiah dari kawan-kawan berjimba. Thanks uolsss. Sebenarnya puan zai dapat cash. Pemberian tidak berupa barangan. Pemberian berupa tunai. Senang bagi cash untuk semua birthday geng pastu kita beli sendiri apa yang kita nak. Terpulang nak simpan or beli hadiah. Suka hati. Puan zai dapat cash terus cari hadiah yang nak beli. Puan zai beli rice cooker dapat free stim pot dia.

 Pastu beli beg nie. Beg silang. Suka pakai beg silang sekarang nie. Yeah.

 Dok dapat 2 barang, cash masih ada balance tau. So puan zai beli kipas nie pulak. Nak beli kipas kena tambah duit. Jadi encik suami tersayang tambah duit separuh untuk kipas nie. Dia kata consider hadiah dari dia jugak la nie. Haha melampau nak kipas. Dah ada dua kipas dalam bilik nie.

 Masa untuk famili. Berjimba dengan kawan berjimba jua tapi masa untuk famili mesti ada kan. Masa nie bawa kakak dan adik ke Ikea jalan-jalan dan makan. Apak bawa makan ke Teppanyaki. Puan zai layan je sebab puan zai & kakak memang peberet sayur. Teppanyaki banyak taugeh & sayur tu yang kami suka.

Adik manja.
 
 Dah kenyang bawa mereka main di sini sebelum balik rumah.

 Kesayangan daku. Tiada yang lebih indah di hari lahirku dengan kehadiran mereka berdua. Ibu sayang kakak dan adik. Rindu hari-hari.


Puan Zai @ JH...

 

No comments: