As-salam...
Seorang demi seorang sahabat meninggalkan puan zai. Isk isk isk sedih tau...
Tapi demi kerjaya yang baru puan zai doakan Erin berjaya dalam apa jua yang erin pilih. Kakzai doakan Erin akan sukses selalu in shaa Allah.
Sahabat puan zai nie telah berkhidmat selama 10 tahun di company kami. Puan zai memang tabik spring pada Erin kerana dalam department Erin, Erin memang cekap dan terer dalam apa jua kerja yang di berikan.
Banyak pengetahuan dia di opis yang dia boleh handle sorang-sorang. Walaupun kami berlainan department ada juga kadang tu puan zai sendiri pun ada bertanya lebih-lebih lagi jika ada masalah dalam powerpoint. Bab nie memang tabik lah.
Gambar-gambar di bawah nie puan zai amek dari fb Erin.
Erin... Kakzai pinjam tau gambar nie hehe... sd card kakzai dah damaged wooooo huhu...
Makan-makan sempena farewell Erin, kami bawa Erin makan di Berjaya Times Square pekena western di Tappers. Puan zai memilih untuk pekena sandwish di atas sebelah kiri tu. Manakala Erin pilih chicken chop. Kali terakhir puan zai dapat lihat Erin 'melicinkan' pinggannya. Sedap menu di sini tau... besar pulak tu memang mengenyangkan sampai ke malam hehehe...
Sayang selalu dari kakzai buat Erin. MInta maaf jika selama kita bersahabat nie ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan. Harap kita always keep in touch ye muahhhhh....
p.s kadang teringat time kita bergelak ketawa sampai tergolek-golek kat lantai kan.
Puan Zai @ JH...
No comments:
Post a Comment