Monday, April 14, 2014

Dating


As-salam...

Semalam anak-anak puan zai ikut nenek dan atuk balik kampung. Mereka beriya-iya nak ikut sebab terdengar atuk kata nak singgah di jeram.

Bukan nak mandi bagai cuma dok bersantai tepi sungai sambil makan nasi lemak atuk kata. Jadi... seharianlah kami di tinggal anak-anak.

Puan zai tanya betul ke nak ikut atuk ke jeram? Kakak dan adik jawap ye sambil berkata "ibu dan apak pergi la dating berdua".

Amboi pandainyaaa... tapi dalam hati ibu ini yelah lama jugak tak berjalan berdua. hehe apa lagi petang tu ibu dan apak berjalan berdua-duaan.

Ke Ikea la kami dating bila di tanya puan zai. Ikut je la. Duduk rumah pun boring, teman apak ke sana survey barang opis.



Penat-penat survey barang dan harga, perut dah berkeroncong. Lapar nasi. Teppanyaki menjadi pilihan. Lama jugak tak makan di sini. Sementara nasi sampai, kami pekena california roll dan wasabi dulu... nyum-nyum

 Apak pilih beef... manakala puan zai order...


Chicken... Sampai je order terus makan, tak pandang dah kiri dan kanan.

Selesai makan, berjalan kejap sebelum balik. Seronok kalau ke Ikea nie, seronok cuci mata. Walaupun poket nipis tapi kat sini boleh pasang angan-angan. Angan-angan je la pun. Kalau boleh nak ini la nak itu la. Hahah seronok kalau dapat semua yang cantek-cantek di sini. Semalam dapat jugak rembat barang dapur dua tiga jenis.

Sebelum balik kami singgah beli kudapan anak-anak. Masa tu mula merindui anak-anak bila seharian tak jumpa.

Akui tak seronok bila anak-anak tiada. Selalunya kalau berjalan mesti berempat... walaupun seronok dating berdua, dia hati tetap mahu dating dengan anak-anak jua. Hmmmm...



Puan Zai @ JH


No comments: