Tuesday, April 15, 2014

Saba Restaurant, Dataran Jelatek


As-salam...

Fuh lamanya tidak bersiaran di sini.

Puan zai nie lama tak online. Bila on je pc adik akan start nak main games. Asal on je pc kakak pula nak guna untuk ulangkaji. Dan asal on pc je apak pulak nak guna buat saki-baki keje opis yang tak abes di opis tu.

Jadinya puan zai hanya boleh on di hp je mengintai blog kawan-kawan tanpa meng-update blog sendiri.

Hari ini tetiba berkesempatan membelek pc dalam jangka waku yang panjang bila semua orang sibuk dengan hal lain. Macam tak heran je dengan pc nie. 

Apa lagi cepat-cepat si ibu ini mengetuk-ngetuk key board nie. Semalam sebenarnya dah post satu entry. Sekarang sedang sedaya upaya buat satu lagi entry.

Citer nie citer minggu lepas. Dah lama pun dok dlm draft. Tapi tak post juga. Dok belek-belek hp kakak ternampak pic nie. Alahai puan zai kalau tengok kat dalam post page banyak entry yang masih dalam draft yang belum sempat di post tu.

Minggu lepas kami anak beranak keluar makan tengahari di luar di hari minggu. Memang puan zai tak masak pun. Hari sabtu je puan zai masak kari ayam dan sup meat ball untuk adik. Ahadnya kami keluar. Dok tanya anak-anak nak makan apa. Kakak dengan lajunya kata nak makan steamboat. Adik pulak nak kfc lah, piza lah, mcd lah. Banyak betul dalam list adik. Tapi kereta kami laju je di pandu apak menuju ke Duke. Eh nak ke mana ye...

 Rupanya kami di bawa apak anak beranak ke Dataran Jelatek pekena nasi arab di Saba Restaurant. Ini pertama kali puan zai makan nasi arab. Apak memang dah selalu makan nasi arab. Dia memang suka berlaukan kambing. Gambar di atas nie pilihan kakak Mandi Chicken.


 Yang ini dah tentu apak punya. Mandi Lamb. Kambing tu adik pun ada tumpang sekaki. Selain tu apak order Lamb Soup jugak. Meratah la anak beranak tu. Sedapppp adik komen...


 Yang ini puan zai punya ye. Tak ingat nama dia. Chicken dan roti. Sedap jugak. Sengaja nak elak nasi waktu nie.


 Chicken chop nie dah tentu-tentu la untuk adik. Adik nie bawaklah makan mana sekali pun, western yang ada frech fries nie memang kesukaan dia. Memang dia akan minta menu sebegini.


Semasa memilih menu sebelum tu kakak beriya-iya nak makan cream caramel nie. Nampak sedap dalam gambar menu. Bila makan sesuap je kakak komen manis. "Manis tapi sedap" katanya. Selebihnya share reramai sampai licin.

Habis je makan terus balik rumah dan lepak depan tv. Ini lah citer kami pada hari minggu yang lalu... Jumpa lagi...


Puan Zai @ JH...



No comments: