Sunday, December 1, 2013

Nasi Kerabu darimu sahabat


As-salam...

Dah lama tekak nie ngidam nasi kerabu. Lama jugak la tak pekena nasi kerabu.

Nak gi pasar malam, apak tak nak pergi dah sekarang sebab katanya dah tak ramai bangsa sendiri yang menjual dan membeli. Ramai 'orang luar' yang berpusu-pusu sampai mendatangkan rasa takut pun ada.

Pasar malam di kawasan dekat dengan rumah puan zai tak besar mana pun tapi padat dengan orang.

Nak gi pasar malam yang besar dan yang jauh sikit, sesak la pulak... lagi lah mendatangkan kemalasan bagi orang yang nak membawa kita huhu...
 

Hehe apa yang kau merepek daaa... sebenarnya nak ucap kan terima kasih pada sahabat nie kerana belanja nasi kerabu nie minggu lepas.

Saja katanya beli kat area rumah dia di Selayang... terharu den nie haa... sedap sangat nasi dia, yang bestnya solok lada dia besar sangat tak macam solok lada yang penah puan zai makan sebelum nie. Memang best lah. Terima kasih sahabat!


Puan Zai @ JH...




 

2 comments:

Kak Aya said...

Hmmm terliur tengok gambarnya!

Unknown said...

Nasib baik kt pasar malam rumah akak ada org kelantan jual nasi kerabu ni..sedapp..bila teringin beli dekat dia je.