Wednesday, December 25, 2013

Thai Tomyam Kung, Presint 14


As-salam...

Hari nie cuti sempena Hari Natal. Duduk rumah takde buat apa. Tengok tv, pastu tv tengok kita pulak.

Apak lak bz di meja mengadap pc, katanya banyak keje. Apa lagi duduk umah je la jawapnya walaupun si adik dan kakak ajak keluar jenjalan.

Anda buat apa hari ini? Rata-rata semua kita nie bercuti ari ni dan esok masuk keje semula.

Hari ni puan zai nak tempel kan kisah minggu lepas sewaktu kami membelah belah barang-barang sekolah di Presint 14, Putrajaya. Saja jalan jauh-jauh bukannya tak de tempat yang dekat pun.

Selesai membeli barang singgah di sini untuk makan tengahari. Boleh tahan sedap jugak lah dengan harga yang berpatutan.



 Kami order yang satu set nie. Ada 5 jenis lauk dan sejug air tembikai.
Semua sedap-sedap belaka.
Tomyam Kung pedas bagi kanak-kanak atau dewasa yang punya perut nipis hehe.
Isi tomyam je abes licin kami bedal, sup dia tertinggal.
Sup dia pekat likat dan pedas la pada sapa yang mengemari pedas.
Cuma kami tak ambil sebabnya selesainya seisi makan tengahari tu kami kena gerak ke Karak iaitu kampung suami untuk collect dorian.
Siakap tiga rasa pun sedap, licin jugak hanya tinggal kepala je.
Yang lain ada daging dan ayam.
Kangkung crispy pun sedap.
Ulaman dan sambal belacan pun sedap cuma petai je depa bagi tiga ketul, tak cukup maaaa haha.

Selesai semuanya terus ke kaunter dan bayar RM109 untuk semua satu set hidangan makanan seperti di atas.
Alhamdulillah kenyang.

Puan Zai @ JH...

 

No comments: