Saturday, November 30, 2013

Kakak & Kenduri


As-salam...

Hari ini dan esok ada undangan kenduri kawen. Hari nie puan zai tak berkesempatan nak bersama-sama mak, abah dan adik serta isteri ke kenduri di Semenyih. Apak ada meeting pulak pagi tadi. Jadi puan zai dan adik je yang berkurung di rumah.

Puan zai dan adik sahaja? Maksudnya kakak aje yang ikut serta nenek dan atuk ke kenduri.

Balik dari kenduri kakak mula bercerita tentang pelbagai jenis makanan yang sedap dan mengenyangkan di sana terutamanya semua desert-desert.

Kita yang dok rumah nie dengar aje la walaupun tekak nie teringin sangat nak makan lauk kenduri pengantin haha.

 Kakak bersama nenek dan atuk.

 Pelamin yang indah.

 Cendol.
Nie kakak amek berapa kali dah sebab sedap sangat katanya.
Tu belum lain-lain desert yang terhidang.

 Si kakak yang ibu sayang.

 Adik lelaki dan isteri.
Tunggu hari je nak bersalin nie.
Semoga semua dipermudahkanNya.
Amin.
Tak sabar nak timang anak buah baru...

 Pasangan pengantin baru yang berarak masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin nan indah.

 Ole-ole untuk di bawa balik ke rumah.





Esok pula ada undangan kenduri di Selayang. Anak lelaki kepada jiran lama bersanding. In shaa Allah kalau sempat kita pergi kalau lah meeting apak tamat awal esok pagi... kalau tak nenek dan atuk jugakkk la jadi wakil.

Puan Zai @ JH...



No comments: