As-salam...
Ini sebenarnya cerita minggu lepas... maklum lah baru hari nie nak upload pics kan. Lama dah terperap dalam simpanan hp nie.
Pada hari sabtu lepas puan zai hadiri dua kenduri untuk dua birthday girl nie. Seorang bernama Sofea dan seorang lagi bernama Adelia. Kedua-dua mereka yang cute nie menyambut hari kelahiran mereka yang pertama.
Majlis sambutan potong kek Sofea pada tengahari tu manakala untuk Adelia pada sebelah malam.
Jom tengok di sini...
Happy birthday Zulaika Sofea!
Sempena birthday Sofea, majlis Aqiqah jua berlangsung untuk birthday girl nie.
Ada macam-macam jenis menu di sediakan termasuk la nasi beriani dan kari kambing.
Biasalah mesti ada muka anak-anak puan punya blog.
Happy birthday Adelia Maisyurah!
Dah kenyang makan di majlis Sofea, makan lagi malam tu di majlis Adelia yang tak kurang meriahnya.
Di sini jua ada pelbagai jenis makanan.
Bila nampak aje spageti atas meja dah sah-sah la puan zai sambar yang ini dulu. Yang lain tu kendian baru rasa.
Masa makan-makan ada acara rebut kerusi.
Kakak dapat lagi kerusi yang pertama tu.
Hadiah tupperware... suka...
Musim cuti sekolah nie, ada banyak jemputan makan. Minggu nie in shaa Allah kami akan ke Semenyih bagi memenuhi undangan kenduri kahwin. Makan lagi la nampaknya. Camner diet puan zai ehhh???? huhuhu... Diet diet jangan tak diet...
Puan Zai @ JH...
No comments:
Post a Comment