Monday, June 10, 2013

Wasabe dan saya...


As-salam...

Salam pagi isnin... Permulaan hari pertama minggu nie. Semua orang mula kerja dan bersekolah.

Tapi puan zai bercuti. Kakak juga bercuti sekolah hari ini. Kakak kena sakit perut dan cirit birit sejak semalam. Kemudian datang pula demam.

Kakak jarang jatuh sakit berbanding si adik. Puan zai tak sampai hati nak tinggalkan kakak di rumah. Lembik sangat nampaknya dia. Jadi, tadi adik seorang aje lah ke sekolah. Ini pertama kali adik ke sekolah tanpa kakak. Moga adik ok jer. Ala adik lelaki kan... ok jerr (dalam hati ibu lah)...

Puan zai pula tak pernah lagi emergency leave kecuali kalau adik kena admitted kat hospital. Malam tadi kan adik berbisik kat telinga ibu nie adik kata "Ibu tak sayang adik pun, asyik dengan kakak aje"... hehehe terasa la tu bila ibu asyik duduk di sisi kakak sambil ibu lap kain basah di dahi dan badan kakak yang panas tu....

Wokeh la, sedang kakak baring-baring tengok tv tu puan zai nak post laju-laju gambar yang kami ambil minggu lepas. Salah seorang boss di tempat keje tu belanja kami makan sempena birthday puan zai dan sahabat. Lama dah dia nak belanja cuma baru hari tu dia berkesempatan bawa kami keluar.
 
 Senyum lebar la kami bila dengar nak makan kat sini. Pertama kali puan zai jejak kaki di sini.
 Peberet nie tau. Cuma hari tu dalam menu puan zai tiada sushi. Kami memang peminat tegar sushi dan wasabe tu. Wasabe kali ini memang power lah, berasap hidung dan kepala otak menahan rasanya haha.
 Ini lah birthday girlnyaaa... puan zai bulan april sementara Hannah nie bulan may. Bulan june baru bertemu makan bersama.

 Birthday girl bersama cik Erin kita.

Thank you boss! Kenyang sungguh rasanya masa tu. Kalau orang tak ajak nampaknya tak sampai lah puan zai makan di sini.

Puan Zai @ JH....

 

1 comment:

LYAfrina said...

hhhuuuu..sedapnyer..special ni..bos blanje kat hotel lg.mesti mahal & sedap kan.. xpela..bosss