Monday, June 10, 2013
Novel: Kahwin Ganti ~ Aifa Batrisya
NKB: Novel Ku Baca
KAHWIN GANTI
[Karya: Aifa Batrisya]
Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki tu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
"Awak suka saya tak?" - Mya Zara
"Aku... aku suka Dibo!" - Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semua Zara pada abang. Tak selamanya dia bole rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" - Nuqman Hakim
Mampukah istana yang di bina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah perpepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?
Komen JH:
Selalunya bila novel yang di baca, pembaca tidak akan dapat menghabiskan dalam masa yang singkat. Mungkin berhari-hari akan selesai membaca atas faktor masa dan persekitaran. Maklumlah siang berkerja, malam pula sibuk dengan anak-anak.
Tapi bila teringat watak utama iaiu Mya Zara dan Luqman Hakim, pembaca tak sabar-sabar nak terus membaca dan hati ini terlalu ingin tahu apa cerita seterusnya. Feeling betul lah!
Novel ini banyak melibatkan soal hati dan perasaan selain dari gabungan cerita kekeluargaan dan persahabatan.
Seronok dapat menghabiskan pembacaan. Puas hati dengan jalan cerita ini. Terima kasih buat penulis iaitu Aifa Batrisya dengan terhasilnya novel yang sedemikian.
Di bawah ini pembaca serta biodata penulis. Sekali lagi selamat maju jaya buat Aifa Batrisya!
Penulis kelahiran Parit Buntar, Perak ini di lahirkan pada 17 Mac 1982. Beliau kini menetap di Selangor dan sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai dua orang puteri. Pelajar lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Johor dalam bidang Kejuruteraan Bioproses ini sangat berminat dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi dan berimpian untuk menghasilkan novelnya sendiri.
Aifa Batrisya yang kini berkerja sebagai pegawai penyelidik mempunyai hobinya yang tersendiri iaitu menjadi burung hantu. Menurut beliau, hobi ini membolehkan beliau berangan dan mencatatkan sebarang kisah terhasil dari pemerhatian dan pengalamannya sendiri dan masyarakat di sekeliling. Novel Kahwin Ganti adalah novel sulung yang di ilhamkan dari pemerhatian terhadap sahabat kembar sewaktu zaman universiti.
Next Novel: Sayang Seorang Qaiser... karya Anuar Kamaruddin...
Puan Zai @ JH...
Labels:
Novel Ku Baca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment