Thursday, May 30, 2013

Musim Makan Kenduri...


As-salam...

Bermula cuti sekolah nie bermula juga la jemputan makan kenduri kawen. Jemputan berderet hingga june nanti.

Ketika balik ke kg suami di Karak, Pahang sabtu lepas, kami sempat singgah makan kenduri di sini. Terima kasih cik yah atas jemputan.

Pandangan camnie selalunya kita boleh nampak di bazar ramadhan kan. Tapi puan zai boleh nampak di sini di kenduri kawen nie. Banyak sungguh ayam golek. Ada dua tempat ayam nie berpusing-pusing. Sedapppp...

 Pengantin baru... Zuhidayah dan Hafiz... adik ipar puan zai beritahu mereka kenal sejak di bangku sekolah. Tahniah!

 Pengantin baru sedang berarak masuk.


 Mental ke tak mental puan zai tunjuk gambar makanan. Tak kisah lah puan zai nak tunjuk jugak kan. Semua sedap terutamanya kerabu pucuk paku nie... best sangat. Semua lauk penanggah letak atas pinggan puan zai kecuali acar buah je puan zai menolak dengan baek.

 Kakak.
 Adik makan bersuap. Apak mana? Masa nie apak sedang menunggu di rumah sebab pengantin lelaki dan keluarga tumpang bersiap-siap sebelum bersanding. Jadi, kami dahului makan dulu.

 Sebenarnya selesai sahaja makan anak-anak dah ajak pulang. Tapi puan zai kata tunggu la kejap... sebabnya puan zai suka dengar tang ini hehe...

Kek pengantin. Sedap. Anak-anak yang abeskan.

Ahad nie ada jemputan lagi di Merbau Sempak. Anak perempuan atuk saudara puan zai akan bersanding.

Apak akan menyusul dulu kerana urusan dj majlis dan acara karok di majlis tu, mungkin kami akan pergi kendian. InshaaAllah...

Jumpa lagi next entry... tata...

Puan Zai @ JH...

 

No comments: