Thursday, October 17, 2013

Salam AidilAdha 2013


Salam AidilAdha buat semua...

Tahun nie puan zai cuti raya haji sehari aje. Tak pernah pun sebelum raya kena kerja. Maklum lah cuti pun tinggal beberapa hari je. Nak simpan untuk cuti sekolah nanti nak bawa anak-anak berjalan. Kemana? Tengoklah ke mana kalau jadi nak ke Pangkor.

Di sebabkan puan zai cuti sehari sempena raya haji nie, maka kami beraya di KL aje lah dengan mak dan abah puan zai. Raya ni tak balik kampung suami. Mertua pun dah tiada. Takut kelam kelibut nak balik sana.

Raya aritu kami ada buat jamuan - makan-makan ramai. Kira potluck lah. Satu rumah sponsor satu jenis menu. Tapi kebanyakan kami sediakan lebih dari satu menu.

Canopy di sponsor, jadi kami hanya menghidangkan makanan je. Seronok dapat makan-makan nie sekali sekala, bukan orang lain pun semua saudara mara sebelah menyebelah rumah.

Jom intai di sini...

 Posing dulu sebelum stat makan.
Acara nie stat jam 2 ptg.
Mulanya tamat pada jam 6.
Tetapi diteruskan hingga ke malam.

 Ada macam-macam menu.
Pilih je mana satu.
Sampai tak tau nak makan yang mana.
Puan zai sekeluarga buat nasi impit, rendang daging & masak lodeh.
Nenek saudara buat nasi lemak, kacang kuda & puding telo.
Makcik-makcik yang lain ada buat mee kari, soto, meehon goreng, laksa, kueh apam, satay, kek-kek, roti jala, nasi campur dan lauk pauk, buah-buahan dan air sirap serta kopi.
Puan zai mula tu pekena soto.
Dah petang pekena laksa... nak merasa kan... amek sikit je la..
Teringin... nenek saudara yang buat.
Dah lama tak pekena laksa nenek nie.
Pastu makan malam baru makan nasi lemak.
Nasi lemak mmg umppphhsss...


 Tudung pepel tu mak.
Mak sakan bergambar.

 Tetamu bukan di kalangan kami saudara mara.
Tetapi juga turut mengundang jiran tetangga yang lain.

 Yang nie seisi karaoke.
Seisi nie mesti ada.

 Puan zai bergambar dengan nenek yang pakar buat laksa.
Nenek yang tudung kuning tu buat nasi lemak umppssss.
Yang gambar bawah tu adik lelaki dan isteri serta adik sepupu dan suaminya.

 Time sibuk-sibuk nie, anak-anak memang buat hal sendiri la.
Main je dari pagi sampai la ke malam.
Kejap-kejap lari, kejap-kejap amek air sejuk, puan zai perhatikan je gelagat adik yang diam-diam amek air sejuk.
(Nasib tak banyak ais dan tak sejuk sangat).

Sekali sekala buat acara keramaian macam nie syok.
Dapat kumpul dan gelak besar sesama kannnn...

Puan Zai @ JH...

1 comment:

zul permatang badak said...

meriah suasana.......pelbagai ragam yg mencuit hati.....
itulah kemeriahan dihari raya....