Thursday, August 22, 2013

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri...

Tak terlambat puan zai ucapkan selamat hari raya kepada semua kan... maklumlah raya pun sebulan.

Bulan puasa sekali dua aje puan zai berkesempatan bersiaran. Banyak benda nak share sebenarnya tapi belum berkesempatan.

Ada masa nanti kita upload pic ye.

Tahun nie puan zai masih berhari raya di KL dulu. Pagi raya selepas orang lelaki balik dari masjid kami sekeluarga termasuk mak dan abah terus gerak menziarahi kubur arwah nenek sebelah mak sebelum bertemu atuk kesayangan di Kg Dato' Keramat.

Atuk tak berapa sihat. Uzur dan terlantar di atas katil. Umur atuk sudah menjangkau 87 tahun. Walaubagaimana pun atuk masuk ingat semua anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit serta saudara mara yang melawatnya.

Puan zai tak sanggup nak pandang atuk lama-lama. Rasa sedih dan sayu. Puan zai masih boleh bertahan tapi tidak pula pada mak. Mendengar rintihan kecil atuk yang kadang terasa sakit membuatkan mak berlari ke dapur menangis sayu... isk isk isk...

Sebelah petang tu kami sekeluarga ke Lenggeng, NS pula. Menziarah nenek sebelah abah. Nenek masih boleh berjalan walaupun dia nampaknya jua sedikit uzur. Jadi hari raya pertama kami di sini. Menziarahi Atok dan nenek kedua belah.

Memang puan zai nak beraya di KL dekat dengan mak abah lama sikit tahun sebelum beraya ke kampung suami. Mak dan abah pun tak berapa sihat juga. Sepanjang bulan Ramadan bersilih ganti mereka demam.

Jadi, hari raya ke empat baru kami berangkat pulang ke kampung suami di Karak, Pahang. Kedua-dua mertua puan zai sudah tiada. Yang ada hanya adik perempuan suami dan keluarga. Seminggu juga lah kami berkampung di sana, menghabis saki baki cuti sekolah.

Eh dah la panjangnya bercerita... jom kita tengok gambar raya pulak nak? Jom... jom...

 Kami sekeluarga.

 Adik dan kakak.

 Abah dan mak puan zai.

 Bersalaman dan bermaafan di pagi raya.

 Siap sedia dah nak berjalan raya.

 Jom kita beraya ziarah Onyang ye.

 Ini lah atok puan zai...

 Gambar atok masa sihatnya.



Puan Zai @ JH...

No comments: