Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri... Raya pertama... Part 2

Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan buat semua warga Malaysia yang sedang sibuk berhari raya.

Hari ni sambungan citer semalam. Cerita yang sama. Cerita Hari raya. Kali ni puan zai masih nak tayang pic-pic hari raya dan juga nak tayang juadah yang di hidangkan semasa beraya di rumah saudara mara.

 Ada empat orang yang wajip kami jumpa di kala hari raya. Bukan hari biasa tak bole jumpa. Sementara mereka masih ada dan mereka lah antara 'orang lama' yang wajip kita hormati dan ziarahi.
Orang pertama ialah atuk kesayangan iaitu puan zai yang dok di Kampung Dato' Keramat, KL... Masa kami sampai dia dok kat tangga merajuk ingatkan kami sekeluarga tak sampai. Selalu kami sampai pagi raya kali ini lewat sedikit sebab pagi jua di rumah kami ada tetamu dah serbu. sob sob sob... maafkan kami... dah nak balik baru atuk nak makan tengahari. Sebelum balik ke rumah kami ke kubur nenek bersama atuk.

 Yang ini pula nenek saudara puan zai iaitu nenek Saadiah yang jua adik ipar atuk. Dok bersebelahan umah kami je. Adik atuk dah lama pulang ke rahmatullah lebih 15 tahun yang lalu.

 Ini nenek saudara jua bernama nenek Yah. Adik ipar atuk jua. Dok sebelah rumah jua. Adik atuk pun dah meninggal lebih 10 tahun yang lalu. Antara famili sebelah mak yang masih ada. Selalunya lepas sembahyang raya, semua sanak saudara di sini akan bergerak beramai-ramai di rumah atuk dahulu di Keramat nie.

 Ini nenek kat kampung. Mak kepada abah. Nenek dok kat Kampung rawa Ulu, Lenggeng, NS. Sebelah menyebelah rumah nenek den nie semua rumah adik-adik perempuan abah puan zai.

 Time ini time bersalaman, meminta ampun dan maaf dan jua time terima dan memberi duit raya.

 Adik malu-malu pula. Dengar raye-raye je dari mulut dia selamat hari raya tak kedengaran sangat pastu tersengih-sengih malulah konon.

 Mak bermaafan dengan abah.

 Kakak bukan main seleranya makan kat rumah orang.

 Adik tak ambil makanan berat. Hanya ambil buah-buahan aje. Pastu minum air kotak.

 Rumah jiran sebelah menghidangkan nasi, ketupat, kari ayam, sup kaki lembu dan satay daging. Ada jua buah dan kueh raya. Time nie semua berselera siap tambah-tambah nasi.

Ketupat palas dan ketupat nasi.
 Kat rumah atuk, ada nasi impit, masak lodeh, rendang daging dan ayam masak merah. Selain tu ada nasi lemak dan sambal sotong.

 Rumah nenek Yah pula ada lontong, rendang daging, kuah kacang dannnn sambal goreng. Emang peberet puan zai lah nie sambal goreng. Makan camtu pun best. Umah nenek saadiah lupa nak snap juadah sebabnya best sangat makan.hehe.

 Yang ini kat rumah makcik sebelah. Ada lemang dan rendang daging jua. Kueh mueh.
 Kat rumah adik perempuan puan zai pun tak kurang hebatnye. Lauk pauk banyak gak untuk tetamu. Masak lodeh dia best sbb ada cencawan.

 Jeng jeng jeng. Ini kat rumah tuan punya blog. Ada nasi impit dan ketupat palas. Yang special nasi beriani juga. Lauk rendang daging, dendeng daging, serunding kelapa (peberet orang ramai), kuah kacang (peberet si kakak), ayam masak merah. Buah pisang, anggur dan mangga. Rata-rata tahun nie setiap rumah ada hidang air bergas. Tak kira apa jua perisa. Rumah puan zai je ada hidang air manis dan ais kosong hehe...

 Kek batik nie requested by kakak. Tapi puan zai buat sos choc dia cair sikit, itu yang kakak suka. Tak lah macam kek batik orang lain buat tu... dah macam kek batik banjir dah huhu.

 Kehausan dan dahaga.

Tuu dia, makan dan makan. Nasi impit dan kuah kacang dah emang peberet dia pun.

Takat ini tayang pic raya. Nanti sambung lagi. Raya pun sebulan, so usah jemu la tengok pic raya nie ye.
Wassalam...

Puan Zai...

No comments: