Sunday, January 19, 2014

Tahniah


Tahniah...

Petang tadi masa sambil 'bersauna' baju keje dan baju sekolah untuk seminggu, mata puan zai nie sempat mengadap tv.

Bangga betul apabila Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul gelaran ke-10 dengan menjuarai Siri Super Premier Terbuka Malaysia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Tommy Sugiarto di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Beliau menewaskan Tommy dalam perlawanan 47 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-19, 21-9.



Begitu juga dengan pasangan beregu Malaysia,Goh V Shem dan Lim Khim Wah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara buat pertama kali dalam kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia selepas menewaskan pasangan China, Chai Biao-Hong Wei dengan catatan 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit.



Puan Zai @ JH...

Saturday, January 18, 2014

Spageti Bolognaise Daging Ayam Ramly


As-salam...

Menu permintaan anak-anak... resepi Spageti Bolognaise nie sama seperti yang biasa puan zai buat cuma kadang isinya bertukar daging lembu, udang, sayur, sosej dan sebagainya.

Kali ini puan zai pakai daging ayam burger Ramly dalam sos spageti ni. Cuma buat kepal-kepal kecil.
 
 



Puan Zai @ JH...

 

 

Friday, January 17, 2014

Kerabu Sotong


As-salam...

Hari ini public holiday. Makan tengahari hari ini, puan zai buat kerabu sotong. Bahan-bahan ia mudah sahaja. Sama seperti Kerabu Udang yang pernah puan zai buat. Cuma versi udang tu di tukar kan ke versi sotong pulak.

Puan zai dan kakak memang suka apa juga jenis kerabu. Kami dua beranak memang 'hantu' sayur dan ulaman.




Kami buat satu bekas besar tadi. Tapi sekejap aje licin. Puan zai dah makan tengahari dengan anak-anak jam 12 tadi. Adalah simpan semangkuk kecil nie untuk apak balik dari sembahyang jumaat nanti. Adik pulak banyak dok kutip je sotong berbanding ulam yang ada dalam bekas tu.

Nanti nak kirim kat kawan budu bila kawan balik kampung. Kami teringin nak buat Nasi Kerabu. Tadi pun kakak dah tanya ibu kenapa tak buat nasi kerabu terus. Ibu kata takde budu. Kakak tanya nasi kerabu kena pakai budu jugak ke kalau takde tak boleh ke? Hmmm...

OK lah stop di sini dulu. Salam hari jumaat.


Puan Zai @ JH...





Nur Ariana Nabilah


As-salam...

Pada 14-01-14 Hari Maulidur Rasul yang lalu, mak dan abah puan zai telah menyambut cucu baru yang ke 6 pada jam 12.37 pagi di Hospital Pusrawi Kajang. Berat baby perempuan ini ialah 2.82kg.

Alhamdulillah puan zai pun teruja sangat. Bulan lepas dah dapat anak buah lelaki iaitu Muhammad Zaharil, bulan nie dapat anak buah perempuan pula.



 Nur Ariana Nabilah masa di hospital.
Petang tu bila Ariana dah keluar hospital, kami anak beranak berserta mak dan abah berkonvoi ke Rinching untuk berjumpa dengan orang baru nie.

Ini gambar Ariana dah berumur 3 hari.
Gambar ni kakak Ariana, Nur Aleeya Nabilah whatsapp kat group.

Apa-apa pun puan zai sekeluarga ucapkan tahniah kepada adik perempuan dan suami di atas kelahiran ini. Semoga Ariana menjadi anak yang solehah.

Tahniah Linda & Daud, serta anak-anak mereka Amirul Haqimie & Nur Aleeya Nabilah kerana dapat adik baru.

Puan Zai @ JH...

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul



Perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W...

Puan Zai @ JH

Sunday, January 12, 2014

Pau inti kelapa resepi mak


As-salam...

Minum petang di hari ahad nie ialah pau. Resepi dari mak puan zai. Pau berintikan kelapa.

Anak-anak makan sampai berulang-ulang. Dapat lah dapat 30 biji tadi. Makan dengan kopi best jugak.

Untuk puan blog, puan zai buat pau kosong je cicah dengan milo panas pun sodap.




Bahan-bahan:
Satu kilo tepung gandum
2 bungkus yis (Rendam dalam semangkuk air selama 5 minit)
Daun pisang di potong petak kecil untuk alas
Bancuh bahan di atas hingga menjadi doh dan asing akan dalam bentuk bulat untuk di isi kan inti



Bahan inti kelapa:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula kabung
2 helai daun pandan
2 cawan air
secubit garam

Setelah air mendidih, masukkan semua bahan inti. Masak hingga pekat dan masukkan kelapa parut. Kacau hingga sebati dan sedikit kering.




Pau yang telah di isi inti tadi dikukus selama 10 minit atau hingga masak.



Lain kali nak buat inti sardin pulak. Boleh tak? Boleh aje. Buat macam sambal sardin tu kan. Tapi apak kata buat inti kacang lah pulak. OK jugak kan boleh try and error...


Puan Zai @ JH...


Saturday, January 11, 2014

Muhammad Zaharil


As-salam...

 Anak buah baru puan zai.
Anak kepada adik lelaki puan zai.
Muhammad Zaharil nama di beri.
Lahir pada 07 December 2013.
Berat 3.1kg.
Alhamdulilah ummi dan baby sihat.

 Masa nie mak dan puan zai jemput balik baby dari hospital.

 Dapat snap mata dia dia.
Kalau tak asyik tido je.
Uwek uwekk bila nak susu atau lampin basah.

 Tengok lasak tidonya.


 Haaa kan dah kena bedung.
Bagi selesa tido.

 Time mandi pun tido.

 Comeynya anak buah ibulong nie.
Geram ibulong tengok rindu.


 Zaharil dan ummi balik ke banting iaitu rumah ibubapa adik ipar selepas keluar dari hospital kuala lumpur.
Berpantang hingga february 2014.
Baru 15 hari dah rindu bangat kat budak kecik nie.
Apalagi, puan zai anak beranak serta mak dan abah berkonvoi gi banting nak lepaskan rindu kat budak kecik nie.
 Sayang cucu atuk dan nenek nie.

 Tengok tido lagi kan.
Masa nie dah 1 bulan 2 hari dengan berat 4.5kg.
Cepat-cepat balik kl ye Zaharil, ibulong dan semua orang rindu kat Zaharil. hehe.

Apa-apa pun puan zai ucapkan Tahniah buat Rin & Ira atas kelahiran ini.
Dan ibulong harap Zaharil menjadi anak yang soleh.
Amin.


Puan Zai & JH...