Saturday, June 30, 2012

Sabtu di rumah...


As-salam....

Salam hari sabtu... cuti dua hari nie memang di tunggu-tunggu sangat.

Letis otak kat opis sepanjang minggu nie. Jadi di rumah lah tempat bersantai dengan famili.

Agenda dari pagi ke petang hanya di rumah. Petang pula bawa anak-anak makan dan bermain di Tesco Menjalara, kepong.


 Sarapan pagi.
Banyak begini la kalau membeli sebab ahli dalam rumah ramai.

 Nasi lemak pekena dengan kopi o.

 Tengahari pula masak ikan kerisi bercili, masak asam bendi dan peria goreng.

 Makan time.

 Makan malam pula dengan hidangan tomyan.

 Tomyam dia... perghhh...

Teringin nak makan yang ini - daging masak merah.


Balik dari Tesco tadi sebelum maghrib. Malam tiada aktiviti lain melainkan lepak di rumah di depan tv.

Sekian.

Puan Zai @ JH...









Friday, June 29, 2012

Happy Birthday Mak!


As-salam....

Happy birthday Mak!

Birthday mak jatuh pada 22hb June. Hanya buat makan-makan satu famili. Sekadar mengembirakan hati seorang mak. Makan-makan sambil gelak-gelak.






Pagi pada hari lahir mak, bila kami wish mak happy birthday mak berkata "Terima kasih, anak-anak ingat mak. Doakan mak ye, semoga mak sihat selalu dan panjang umur"... terniang-niang di telinga saban hari ayat itu, terus jadi sebak....

Puan Zai @ JH...



Thursday, June 28, 2012

Sup ekor...

As-salam...

Lauk makan malam ialah...




Puan Zai @ JH...


Wednesday, June 27, 2012

Durian lagi...


As-salam...

 


Puan Zai @ JH...


Tuesday, June 26, 2012

Rozie, daku sayang kamuuu....


MAAFKAN SAYA JENG JENG JENG JENG...
Maafkan saya jeng jeng jeng jeng....

MAAFKAN SAYA JENG JENG JENG JENG...
Maafkan saya jeng jeng jeng jeng....

MAAFKAN SAYA JENG JENG JENG JENG...
Maafkan saya jeng jeng jeng jeng....

MAAFKAN SAYA JENG JENG JENG JENG...
Maafkan saya jeng jeng jeng jeng....


Kepada sahabat baek ku dunia dan akhirat...
ROZIE...

Maafkan sahabat mu ini...
Mungkin kerana faktor usia (hehehe)... daku lupa hari lahirmu tahun ini...

Ku Tahu sudah terlewat 10 hari untuk ku ucapkan... namun nak jua ku ucapkan di sini....

HAPPY BELATED BIRTHDAY pada 16 June yang lalu...

Daku sayang kamu...

Nanti bila dikau balik bercuti raya ke Malaysia dari Qatar tahun nie akan ku CIUM dan PELUK dikau ERAT-ERAT....



TO: Kakcha & Dideep, tolong Aunthy Jai pujuk orang yang 'majuk' tu ye...

p.s t-shirt Zurich akan ku bodek mintak 1 untuk ko eh hehehe...


Puan Zai @ JH....


Zurich Insurance Catat Rekod Dunia Guinness


Buletin Awani - Zurich Insurance Malaysia Grand Launch


As-salam...

Buletin Awani ahad lalu ada menyiarkan berita mengenai Guinness World Records yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena sempena Zurich Insurance Malaysia Grand Launch .

Jom tonton....



Puan Zai @ JH....

Monday, June 25, 2012

Zurich Insurance Malaysia Grand Launch


As-salam...

Sabtu kelmarin puan zai bersama rakan-rakan sekerja yang lain serta famili masing-masing ke Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena bagi memeriahkan Zurich Insurance Malaysia Grand Launch.

Ada macam-macam acara. Ada acara makan, acara telematch, games, lucky draw serta persembahan nyanyian dari artis tempatan iaitu Dina selain kedatangan rakan-rakan dari media elektronik. Events start jam 10 pagi hingga lah ke jam 3 petang dengan acara pelepasan "Z" shape baloon dan yang terakhir iaitu baloon drop di indoor arena.

 "Z" shape baloons naik ke udara.

 Dalam Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena.
Makan time.

 Lepas register terus pakai tag.

 T-shirt dapat masa register.
Dapat 4 pasang termasuk anak-anak.


Satu baloon 'kaler kerabat di raja' di ikuti dengan beribu-ribu baloon 'kaler international'.
[baloon dalam banner tu]

 Mama, ibu dan mami bergambar bersama anak masing-masing.

 Banyaknya baloonnnn...
Sebanyak 30,000 baloon akan di jatuhkan di akhir acara.


 Masa nie CEO sedang beri ucapan.

Makan ye...
Adik makan ayam aje pehtu makan bubur pulut hitam.

 Round table di bawah tu semua penuh.
Jadi, kena makan di bahagian atas kat kerusi je.

 Masa makan pun anak-anak dah jeling-jeling tak sabar nak main games.
Habis je makan, terus melompat nak bermain.
Makan boleh berulang-ulang makan, makanan emang banyak di re-fill.

Adik tu emang la excited nya.

 Dapat gula-gula, coklat dan keropok.

 Masa nie beratur panjang sebab kakak nak buat face painting.
Sampai je giliran kami, kaunter tutup sebab depa gi break setengah jam.
Cit... penat tunggu tau.

 Masa ni baling bola kat tin kosong.
Dapat coklat besar lepas adik berjaya tumbangkan tin-tin tu.

 Adik takut-takut berani tu...
Sebab....



 Sebab adik nak baloon nie je.


Tang ni emang seronok la depa dok lompat-lompat.
Last-last bila adik terhimpit dengan seorang kanak-kanak lain, adik menangis dan berdukung je la dengan ibu... adehhh...

 Dari indoor tu keluar sekejap untuk tengok perasmian pelepasan "Z" shape baloon ke udara.








 Anak-anak dok main games.
Si ibu-ibu dok bergambar.

 Popcorn time.
Pehtu makan gula-gula kapas.

Yeahhhh....
1
2
3
Zurich Insurance Malaysia Grand Launch....



p.s-Lama puan zai tak bersiaran. Itu lah yang jadi jika tenet slow ya amat. Nak upload pic pun slow, nak berBW pun slow... bila dah jadi camtu terus off pc.

Puan Zai @ JH...







Novel: Pencuri Cinta... Aini Effariza...


NKB: Novel Ku Baca...

Pencuri Cinta...
[Karya: Aini Effariza]

Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu. Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan. Sementara Hafiz muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak.

"Tapi tak mustahil abang utamakan Natasha dan beritahu dia segala-galanya sampaikan makan malam ini pun kena ikut cakap dia, kalau Natasha tak bagi idea suruh abang ajak Laila keluar makan demi menegakkan konsep berlaku adil yang disarankan oleh papa abang tu, adakah sekarang kita berjumpa di sini? Mungkin abang sedang duduk makan malam dengan Natasha dan meluahkan rasa tak puas hati tentang perangai Laila, kan?" Laila.

"Nampak seperti hanya saya yang berusaha keras menjaga hati keluarga kedua belah pihak, tapi siapa yang nak jaga hati saya? Saya letih seharian dengan kerja-kerja pejabat, dan selepas tu berkejar mendapatkan Laila, kemudian Natasha. Saya puaskan hati mereka, tak mahu ada kompelin saya tak berlaku adil, tapi di penghujung hari... siapa yang pedulikan saya?" ~ Safuan.

"Perasaan boleh dipupuk, sayang boleh menjadi cinta yang mendalam. I tak salahkan you kalau you sayangkan Laila lebih daripada you sayangkan I, sebab I terima... Laila tu anak dara, I ni emak budak, kan?" ~ Natasha.

Setengah orang diberi keistimewaan untuk menghadapi kehidupan berpoligami dan berkongsi kasih, namun ada yang tidak mampu menghadapinya walau mereka memiliki segala-galanya kerana ia bukan sekadar soal memenuhi tuntutan agama, tapi ia bukan soal berlaku adil dari segenap sudut kehidupan. Paling penting cinta sejati hanya wujud dalam sekeping hati, bukan dalam banyak hati. Semoga bermanfaat. ~Aini Effariza~

Komen JH:
Novel ini pembaca beli masa Pesta Buku yang lalu dengan harga RM19.90. Tak silap ada less novel ni. Masa di pesta tersebut mata ni dah naik letih dok membaca semua sinopsis di cover belakang novel-novel yang ada sehinggakan tak sedar yang pembaca rembat novel ini dan buat bayaran.

Bila dah bawa balik rumah, baru terperasan novel nie ada citer ala-ala poligami atau kawin ramai nie. Alahai... lamanya nak start novel nie. Isu panas jugak lah buat semua yang bergelar isteri tapi bila dah mula membaca, istilah tu tak wujud cuma mereka-mereka seperti watak di atas tu cuma sempat "bermadu dan berpoligami" di alam pertunangan. Fuhhhh...

OK, berbalik pada kisah novel ini, pembaca suka dengan semua watak dan jalan cerita yang menarik dan penuh pertanyaan di hati dan benak ini serta part suspen dan kisah mistik.

Bahasanya pun mudah di fahami dan penyusunan ayat pun bagus. Cuma sesekali pembaca terkeliru dengan watak bernama puan mariam dan puan maimun. Nama watak yang seakan-akan sama walaupun tak sama watak lebih-lebih lagi kesilapan pada nama yang sepatutnya di tulis puan mariam tetapi ditulis puan maimum pada mukasurat 471... konfius kejap makkk...

Hmmm... itu lah kalau realitinya sebenarnya seorang lelaki yang ingin pasang lebih dari satu ni kena kuat dari segi mental dan fizikal. Wanita pula walau mulut berkata mahu tetapi dalam hati ada sahaja yang tak kena, bak kata penulis sendiri semoga ianya bermanfaat. Renung-renungkanlah.

Selamat maju jaya buat penulis.

Next Novel: Sesuci Kasih Seorang Isteri... karya Dzie Tyea

Sekian.

Puan Zai @ JH...



Sunday, June 17, 2012

Balik Kampung...


As-salam...

Alhamdulillah.... hujan pun turun pagi tadi... kira lebat jugak lah walaupun sekejap... dah dua hari dah jerebu teruk melanda... dengan turunnya hujan ini dapat mengurangkan jerebu.

Alkisah semalam last minute abah puan zai ajak balik kampung. Katanya nak beli jagung untuk ayam makan dan nak beli gunting rambutan.

Singgah dahulu di pekan Mantin untuk lunch.

Sampai je sini sebenarnya lauk ada saki baki je.
Yelah dah masuk waktu awal petang, tentu lauk pun tak banyak.
Istimewanya di sini lauk pauk kampung ada tau.
Pelbagai jenis gulai ikan seperti keli serta daging.
Sambal tumis dia pun best.
Dahaga wooo.
Cuaca panas walau tak de matahari.
Kat Pekan Lenggeng nie, abah dan mak singgah kedai beli apa yang dihajati.
Dah jalan-jalan dan pusing-pusing, abah ajak ngeteh.
Masa ini imbauan nostalgia seorang atuk kepada cucunya.

Abah dok tengah bercerita dengan kakak dan adik.
"Atuk dulu-dulu kan balik sekolah yo terus singgah minum sini. Kalau dulu belanja sekolah 5sen yo. Sekolah atuk jauh kena jalan kaki. Kalau ado 15sen kek kedai nie buleh lah dapat mee kari dengan semangkuk sirap"
Air teh abah.
Kitaorang lak order barli sejuk dan barli suam untuk adik.
Abah makan roti bakar share dengan kakak.
Kakak kata sedap.
Abah kata "Kek sini teh eh sodap"
Mak dan puan zai makan mee kari.
Kueh cakoi pun ada.
Sampai rumah nenek tak makan dah sebab kenyang.
Petang tu abah kopek durian, makan reramai.
Mak puan zai emang suka sesangat la durian.
Puan zai pun suka, tapi tak amek banyak.
Aritu dok teringin nak makan, semalam dapat lah makan puas-puas.
Adik pun memang suka durian.
Pantang ada durian adik mesti nak.
Lepas makan 3 ulas, puan zai soh adik stop.
Anak dara sorang nie memang bukan pengemar durian.
Kakak sama lah dengan apak.
Apak kalau makan durian esoknya mesti demam huhu.

Bila tanya kenapa tak makan, kakak jawap "Tak suka"
Abah puan zai dan adik suka agah-agah kakak dengan suakan durian ke kakak, kakak jerit tak nak lah busuk lah.

Sebelum balik ke kl, singgah pasar malam kat pekan Lenggeng dulu.
Tak banyak gerai pun.
Yang ada gerai jual air, jual lemang & rendang dan gerai ayam grg & fishball tu. 

 Sampai rumah, pakat-pakat kopek durian lagi.
Sambil makan sambil asing-asingkan untuk buat bubur esok.
Ada yang dah masam sikit tu boleh buat tempoyak.

Dah selesai kerja, apa lagi terus masuk tidur.
Letih uolsss berjalan seharian....

OK lah, cerita stop kat sini dulu. Tadi dah masak nasi dan sambal sotong. Nak santap dengan famili jap. Tata...

Sekian.

Puan Zai @ JH...