Tuesday, May 31, 2011

Banana split?

Hari ini puan zai menemani seorang teman untuk menikmati hidangan seperti di atas. RM10.90 untuk banana split nie + 16% gov tax dan service tax.
Sekian.

Monday, May 30, 2011

Makan free lagi...

 Kat opis ari senin bersamaan 30th May, ada makan-makan free lagi untuk staff. Juga seperti sebelumnya ada acara lucky draw. Jam 5.30pm acara dah start. Seperti biasa juga puan zai takde lucky lagi nak dapat hadiah tu... huhu xpa lah takde rezeki... Hari tu ada macam-macam pilihan hidangan tapi puan zai pilih kebab ayam + french fries. Selain tu ada juga nasi lemak bungkus dan bubur kacang ijau. Yang ini puan zai bawa balik untuk anak-anak. Perut pun dah full. Kenyang.
Air pula puan zai amek air grape. Amek dua. Satu lagi untuk kawan. Perghhh manisnya air nie tak sejuk pulak tu. Bila dengar mc kata ada dihidangkan air teh panas, kami pun pergi amek kat tepi sudut makanan. Wahhh manis jugaaa... hep hep... tak bagus... tak bagus... terus kedua-dua jenis air ini di biarkan atas meja tanpa di teguk lagi...kurangkan gula dalam minuman dan lebihkan manis dalam senyuman... cewahhh...

Sunday, May 29, 2011

Limau ais?

Limau ais?
Penghilang dahaga di waktu panas...
Basahi tekak seorang segelas...
Tersenyum lebar petanda puas...
Kalau nak, sendiri kupas.

p.s- ehhh ntah apa la yang puan zai mencarut nie, eh eh mengarut nie... B-) 

Saturday, May 28, 2011

Adik meragam pulak...

Assalamualaikum...

Sedang seisi keluarga tidur nyenyak, tiba-tiba adik terjaga. Terjaga tapi mata terpejam rapat. Setelah di tepuk perlahan supaya tidur semula, adik terjaga lagi. Ish kenapa nie dik? Kenapa tak tidur? Ibu memandang kakak yang tidur di sebelah. Nyenyak je gayanya. Sah ini bukan gangguan sang nyamuk. Adik mula meragam, merengek dan mulut lak merepek-repek. Segera ibu sapu vicks kat perut adik mana tau kot-kot perut kembung. Ntah jam berapa si ibu dan adik tidur hingga ke pagi.

Pagi menjelma si ibu bertanya kat adik kenapa malam tadi adik buat hal dan meragam. Adik cuma diam. Apak kata mesti ada yang tak kena sebelum tidur. Cuba tanya pelan-pelan kat adik nanti.

Kakakpula, ibu lihat bermain mata dengan ibu sambil berbisik ke telinga.

"Ibu, gigi bawah adik tu goyang sebab tu adik meragam"

Laaa... rupanya gigi adik yang buat hal. Pernah suatu ketika dulu, gigi depan adik goyang. Puas la nak memujuk adik supaya makan dan minum susu. Adik berkeras tak nak buka mulut. Last-last ibu dan apak bawa adik ke klinik gigi. Sampai bila nak tunggu gigi tu tanggal sebab adik tak nak makan ataupun minum susu. Fuhhh teringat lah ibu ini masa kat klinik gigi tu. Apa lagi melompat adik meraung masa nak cabut gigi tu. Terbang RM100 untuk sebatang gigi kecil.
Yang kelakarnya, staff tu kata belilah aiskrim untuk kecutkan gusi. Terbeliak mata adik bila dengar perkataan aiskrim tu... suka lah tu saba je la...

Sekarang peristiwa yang sama berulang. Setakat ini adik nak makan. Cuma bila ibu cuba nak goyangkan gigi adik, adik mengetap bibir tak mahu buka mulut.
Adik oh adik...

Friday, May 27, 2011

Kenduri kecil

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat di blogspot nie. Lunch 2 jam tadi kat opis, kami di jamu dengan kenduri kecil oleh seorang sahabat yang akan mengerjakan Umrah pada hari selasa minggu hadapan. Alhamdulilah, rezeki jangan di tolak. Puan zai doakan selamat pergi dan pulang buat sahabat ini yang akan pergi bersama suami dan anak perempuannya.
 Sahabat ini buat kenduri kecil untuk kawan-kawan kat opis dengan roti jala dan kuah kari ayam. Katanya subuh-subuh dah menjala ye. Sempat juga dia goreng mee untuk kami. Sedapppnya roti jala nie, serius sedap bagi puan zai dan kawan-kawan lain pun memujinya. Sahabat sorang nie tanya camner nak bancuh tepung roti jala. Puan zai kata alahai itu pun tak tahu ke? Si kawan nie tanya balik puan zai tahu ke? Puan zai jawap tak tau jugak... hahahaha... lawakz...
Ini lauk dinner untuk malam nie sebelum start Maharajalawak. Kena bagi makan semua baru best tengok ML. Ini Kobis purple. Selalunya kobis kaler purple nie buat salad je tapi puan zai buat goreng.
 Haaa yang ini pula untuk dinner puan zai... huahuahu diet kah? Takde makna dietnye puan zai nie...

Sekian...

P.s - Semua dah siap makan, sekarang standby nak tonton Maharajalawak. Moga-moga Nabil bukan di bottom 3 lagi ek. Buat yang terbaek uollls. Nie mak puan zai dah tengok banyak kali persembahan Sepah minggu ke 9 tu masih dok gelak, sampai tergolek-golek gelak masa siaran live aritu. Masa nie Jep terpotong ibu jari Shuib yang dia ingat lengkuas. HahaHaha...

Thursday, May 26, 2011

Cerita bermula dari huruf K...

Tadi dok lepak-lepak lunch time, baca email yang kawan hantar nie. Haru biru lidah nak nyebutnya. Apa-apa pun layan je lah ek.


Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,
"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"
 Ketam kata,"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!

"Kodok kentut kekeliruan.
Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut,
ku ketip kenapa keluar kudis?
"Ketam ketawa, "Kah..kah..kah. .kah..kih. .kih..kih. .kih.. Kuh..kuh..kuh. .kuh!!
Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?
"Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"Ketam kata, "Kelakar."

"Kelakar ke kurang-ajar? " kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan,
Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.
"kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.


 Tapi jangan lupa nie pun bermula dengan K --> Khuza'ee...

Sekian.

Wednesday, May 25, 2011

Tengok lah adik nie...

  Adik oh adik...
Tengoklah si adik nie...
Siap pakai baju teakwando kakak.
Besar tu baju kakak.
Adik pakai baju kakak lepas kakak salin baju setelah sampai rumah dari sekolah ahad lalu.
Tak sempat nak rendam untuk di cuci, adik dah sarung di badan sendiri.
Tiap minggu kalu tengok kakak dengan latihan teakwando kat sekolah setiap pagi ahad nie mesti adik kata "Ibu, adik nak teakwando macam kakak..."

Puan zai hanya mengangguk senyum. Tak pasti nak bagi adik sertai kakak. Adik pun baru 5 tahun. Kalu adik dah darjah satu mungkin ye. Nanti nak cuba tanya Sir kalu adik bole sertai atau tidak.

Bukan apa tengok pada awal-awal latihan, pelajar kena berlari sebanyak 3 pusingan dulu hmmm takut lah jika akan buat adik semput. Kadang-kadang puan zai berpiker positif jika dengan condition adik mungkin adik bole lari setempat dan buat seperti biasa latihan-latihan biasa selepas itu.

Kakak baru lepas habis latihan. Penat. Air sentiasa akan di bawa bersama. Kat bahagian belakang dewan terbuka sekolah ini lah ibu bapa pelajar lain termasuklah puan zai akan tunggu anak-anak masing-masing.
 
 Buku teakwando ni baru beli dari Sir minggu lepas. Ada pelbagai jenis pergerakan yang bole kakak pelajari. Harga sebuah buku ini RM10. Nanti bole tanya kat Sir sama ada ada tak CD untuk di jual pada anak murid.
Kakak baru sahaja upgrade ke stage 1 talipinggang kuning awal bulan nie. Maklum lah darjah 3 baru nak belajar teakwando jadi kena tunggu belajar betul-betul dan dapat upgrade ke talipinggang lain. Jadi, sebab itu lah adik pun sibuk nak masuk jugak.

Sekian. Adik oh adik.

Tuesday, May 24, 2011

Adik dah konvo?

Salam buat semua.
Hari ini adik dah dapat gambar-gambar kenangan di tadika dari Cikgu Hawa.

Sebagai ibu, diri ini tersenyum... wahhh hensemnya anak ibuuu... hahaha...

Perasannnnn kan ibu nie...


Alahai ibu nie tak sempat nak letak dalam frame, dah post entry untuk hari ini. Kuangkuangkuang...

Ada 3 gambar sebenarnya untuk harga RM30. Nanti kalau keluar ke kedai, baru nak cari frame cantik sikit.

Puan zai akan beli gambar kat cikgu untuk anak bila mereka di tadika masa umur 5 tahun. Umur 6 tahun di tahun hadapan nanti, tak payah gambar lagi cukup lah dah amek masa umur 5 tahun. Jimat wok jimat.

Wokeh lah. Stop kat sini dulu. Saja nak tayang gambar si adik.

Wassalam.

Monday, May 23, 2011

Al-fatihah

Assalamualaikum...

Sebagai seorang ibu, hati ini tersentuh. Hari ini sejak pagi di opis puan zai rasa amat-amat pilu dan sedih. Dua hari ini fikiran sedikit terganggu dengan berita berhubung tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada jam 2.30 petang 21 Mei lalu.

Marilah kita sedekah Al-fatihah untuk mereka yang terkorban dan semoga roh mereka di cucuri Rahmat.


 
Sejak kelmarin dah banyak gambar mangsa-mangsa yang terkorban di siarkan. Tidak kira di blog-blog mahupun di dada akbar. Tak sanggup nak tengok lama-lama. Mengalir air mata melihat. Dan tak sanggup nak tayang di sini jua. Cukuplah sekadar puan zai letakkan gambar rumah itu saja.

Jam 9am tadi masa puan zai ambil newspaper untuk boss terpangpang gambar pelajar-pelajar berkenaan yang tertimbus dengan tanah. Salah satu akhbar itu tersiar gambar besar nan satu yang puan zai tatap dengan rasa sebak. Jika di lihat dengan dekat salah seorangnya berbaju hijau (tentu anda perasan gambar yang mana satu kan).

Sehingga kini walaupun puan zai tiada di tempat kejadian melihat dengan mata kepala sendiri tetapi macam terasa diri sendiri yang mendengar panggilan dan jeritan mangsa yang ingin memboloskan diri dari tanah yang tiba-tiba jatuh menyembah bumi itu. 

Sekian catatan saya kali ini. Mungkin ini terlalu mengikut perasaan. Tapi ini lah hakikatnya perasaan saya. Hati ibu mana yang tak sedih bila kehilangan anak mereka. Sesiapa pun akan terasa bila ibu-ibu lain yang menghadapinya.

Al-fatihah.

Wassalam.
PuAn zAi... yang ter-emosi sikit malam nie...

 

Sunday, May 22, 2011

Masak, masak dan masak

Iyo lah. Hari tak keje. Dok rumah hari cuti kena masak. Lagipun memang tak gi kemana pun. Anak-anak dah tentu nak makan. Citer makan je lah nampaknya.
 Sarapan pagi ahad.
 Adik lak makan kek coklat dengan air milo suam. Atas meja kopok yang adik beli kat babu roti jam 8.00 pagi tadi.
P.s - Adik dengan rambut pacaknya.
 Nie apa ek? Nasi goreng sebenarnya. Hajat nak buat nasi ulam tapi tak reti. Last-last celur bunga kantan, hiris kacang botol dan kobis. Gaul dengan nasi nah jadi lah nasi ulam puan zai. Pulak tu anak tambah dua pinggan makan hehheee.
 Jering? Anda makan jering tak? Puan zai tak makan jering. Tapi bila semalam kat kampung ada orang naik motor jual sayur-sayuran yang dia tanam sendiri, puan zai beli se-paket jering. Satu paket jering RM2 ada 10 biji untuk di bawa balik KL. Sayur kacang panjang dan kacang botol RM1. Manakala cili padi RM5. Tiba-tiba lak teringin nak makan jering. Toilet mesti yang best kalau makan jering nie tapi ntah toilet kami OK je. Takde bau yang tidak menyenangkan. Heheheee. Bagus!
 Pastu goreng ikan keli buat goreng berlado. Tak nampak macam ikan keli sebab dah melekat-lekat.
 Standby untuk makan. Bismillah.
 Esok yakni 23hb, kakak ada exam tapi lepas breakfast dah nak main games dengan adik. Lepas Jane tarzan beri jeritan padu baru kakak nak selak buku. Sabo je lah.

Sekian buat ari ini.
Jumpa lagi esok.

Babaiiiii....

Saturday, May 21, 2011

Nak cari anak ayam, nak cari anak ayam...

 Pagi-pagi lagi dah gerak ke Mantin. Kalau sebut Mantin tu apa lagi, kalu tak carik baja mesti nak cari anak ayam. Lagi 3 bulan kita nak sambut raya. Orang kampung beli ayam kat abah. Bila raya orang sekeliling mesti nak cari ayam kampung. Buat rendang. Bukan sahaja ayam kampung, telo ayam kg pun orang carik. Anak ayam 'gajah' nie baka dia besar-besar. Abah beli 30 ekor. Seekor RM3. Anak ayam nie bole membesar sehingga 4 kilo. Paling besar ia bole jadi seberat 7 kilo. Anak-anak excited kalau atuk nak beli ayam. Dorang rasa nak picit-picit anak ayam tu sekor-sekor.
 Sebelum sampai Mantin, apalagi kami singgah di restoran kat Semenyih. Restoran ni memang tempat persinggahan kalau nak balik ke Kg iaitu Lenggeng atau nak ke Mantin. Adik sibuk nak air bali suam.
Memasing tunggu tosai sampai. Lapo. Kat rumah tak breakfast, sampai Semenyih makan dulu sebelum carik anak ayam.
 Setelah penat menunggu atuk beli anak ayam, singgah umah nenek puan zai kat Lenggeng. Atuk budak-budak nie beli barang dapur untuk Onyang di kg. Sampai umah onyang dah sampai waktu makan tengahari, terus mengadap nasi pula. Lauk ringkas cuma sardin dan telo dadar. Bismillah... adik sedang baca doa makan.
 Lepas makan gi belakang rumah petik bunga kantan. Banyak weiii... peberet puan zai nie. Boleh buat masak asam pedas perghhh terangkat noksss. Dalam hati dah teringat buat laksa, insyaAllah. Pastu nak bawa opis untuk kengkawan.
 Nak gerak ke KL, singgah beli pisang goreng, kopok lekor dannn cempedak goreng. Wei sedap weiii lama tak pekena cempedak goreng.
Jam 4.00pm sampai rumah, terus ke dapur masak. Masak simple je. Asam pedas ikan keli (taruk bunga kantan hehe), telo dadar (lagi?) dan kacang panjang goreng.
Adik with 'muka kesian' huhu. Lapar adik kata.

OK lah update untuk hari ini.
Sekian.

Friday, May 20, 2011

Nak cari blouse, nak cari blouse...

Assalamualaikum...

Masa lunch time ari jumaat nie, ada masa 2 jam untuk puan zai dan dua orang kengkawan cari baju atau blouse untuk di jual.

Mana lagi kalau tak gi ke Jalan Hang Tuah tu. Macam syurga pakaian, macam-macam blouse dan baju-baju yang cantik. Naik juling mata tengok.

Bukan tu sahaja, malahan pelbagai baju kurung dan jubah pelbagai warna dan corak ada di jual. Deretan kedai-kedai tak putus-putus. Keluar kedai ni, masuk kedai tu, keluar kedai sini, masuk kedai sana. Pusing-pusing bederet kedai sampai tak cukup kakitangan, matatelinga nak terjah.

Sebenarnya dua jam nie, tak cukup untuk jalan-jalan mencari barang. Tapi maklum lah rata-rata tiga orang yang dok berjalan nie, masing-masing dah ada anak, weekend tu susah nak keluar dengan kengkawan. Kecuali kalau gi social jalan-jalan tu lain le. Kalau bab nak cari barang bawa anak, minta maaf uolsss... susah nak bawa 'beg-beg tangan' nie hehe...


 Haa tu lahhhh... tak sempat makan, masing-masing kebuluq. Nak tau tak, masing-masing gi foodcourt kat opis tu tapau mehon goreng dan nescafe ais. Nasib lah kawan dua orang nie lain department, perlahan-lahan mengelinap ke opis dorang ada bilik kosong untuk 'melantak' kejap. Hehehe... sori boss... puan zai lapooo...
Blouse masih dalan bungkusan, blom di letak harga...

Sekian.
Puan zai...

Wednesday, May 18, 2011

Turn adik pulak...

Kena mengalah.
Sampai rumah adik pulak dah pesan.
On laptop cepat sebab turn adik nak main games superbike.
OK lah kena la puan zai buat catatan ringkas.
Nanti puan zai BW korang pulak.....
 Seriusnya anak teruna main games. Selagi tak bagi selagi tu pot pet pot pet. Puan zai on TV, patutlah tiada rancangan yang menarik perhatian adik rupanya.

Hari ini rata-rata semua orang kat opis tiada mood. Ingatkan puan zai aje. Rupanya masing-masing masih dalam mood cuti dan masih mood nak dok rumah, tido.
Tido... salah satu aktiviti yang amat di gemari oleh semua orang terutamanya yang berkerja dan tentu ramai nak qada tido. Serupa dengan puan zai nie. Lagipun letih dan baru pun sihat dari demam dan selsema. Kan best kalau dapat tido.
Tadi berseloroh dengan kakak tealady kat opis. Kan best kalau dapat tido kat rumah hari-hari. Ehhh... tapi kalu tido kat rumah hari-hari alamatnya tiada lah duit mashukkkk... ye betul jugak eh. Lagipun puan zai belum bersedia jadi surirumah sepenuh masa huhu. OK lah ye... dari konon nak buat catatan pendek nie terus terjadi catatan terpanjang.
Sekian. Wassalam

Puan zai... yang tiada mood...

Geletek: Nasi lemak

Tak ada apa nak citer, cuma tergeletek sikit masa baca karektor kartun kat dalam paper. Macam nie lailok dia... eh eh lailok lak, macam nie dialog dia... (lailok tu David Teo punya aje hehe)

Watak A: Mama aku kata makanan di kantin tak berkhasiat dan mengemukkan terutama nasi lemak dan minuman berkarbonat.

Watak B: Baguslah macam tu. Kesihatan terjamin. Engkau pun dapat jimat wang.

Watak A: Tengok, mama bekalkan makanan kat aku (sambil tunjuk bekal di tangan).

Watak B: Makanan apa yang mama engkau bekalkan tu?

Watak A: Nasi lemak.. Er, engkau nak?

Hahaha boleh camtu? Susah kan jadi ibu nie. Macam-macam nak piker sebenarnya. Dari hal kerja hingga lah ke dalam hal ehwal rumahtangga sampai lah kesihatan dan pemakanan anak-anak. Sabo je lah.

Ini takde kena mengena dengan nasi lemak.


Masa ni makan kat Noodle Station, MidValley
Aritu ada gi Midvalley singgah makan kat Noodle Station. Makanan ia memang tip top. Sedap. Tapi layanan tak tip top. Kasar. Kawan kata selalunya boss kedai ni yang akan layan dan bagi suggestion apa yang sedap kat sini. Tapi bila kawan ini bawa puan zai ke sini yang ada staff dia aje. So, dapat layanan staff aje lah.
Gayanya staff ini tidak paham bahasa melayu. Muka? Muka OK boleh tahan sebab pakai makeup, pakai bedak, pakai lipstik tapi riak muka? Allahhh masam. Masam macam cuka. Sempat kami mengerling masa makan untuk tengok muka masa dia takde buat apa di tepi kaunter. Adeh... tak pasti sebab apa yang buat dia mencuka bila nak kerja di kedai makan. Nasib dapat sejuk kan hati dengan Teh tarik hazelnut. Terbaek wok...

Moral of the story:
a) Jangan makan nasi lemak di sekolah tapi bole makan di rumah aje.
b) Jangan makan luar, makan di rumah aje-aje lah.
c) hahahaaaa...

Tuesday, May 17, 2011

Holiday di rumah aje...

Cuti sempena Hari Wesak ni, ada orang nak gi Cherating lah, Bangkok lah tapi puan zai dok kat rumah jer. Takde gi mana-mana kecuali ke kedai. Petang pulak hujan lebat selebatnya seperti hari ahad hari tu. Syukur alhamdullilah dengan rahmatNya.
Tanya mak nak masak apa? Mak kata buat nasi ayam nak? Puan zai on jer. Boleh buat sup, makan panas-panas. Anak-anak pun suka nasi ayam. Apa lagi start kereta zoom terus ke kedai carik bahan-bahan. Bahan utama ialah ayam. Abah nak ayam ayamas. Kalau nak buat nasi ayam harus cari ayamas sebab ayamnya lembut.
 Kakak sedang layan adik nak nasi.
 Menu of the day. Tadaaaa... nasi ayam ler. Mak aiii penuh satu meja. Ye la yang ini belum susun dalam pinggan macam kat kedai tu sebab tu nampak banyak. Selain ayam, ada sup, tauge celup, tauhu goreng kicap.
Fruit of the day. Masa nak beli pisang tadi, adik minta mangga. Sekilo RM4.80. Amek 4 biji jer.
 Nie desert of the day haha. Banana spilt with mango ala-ala puan zai.
 Jemput makan.
Nie puan zai snap pic abah sedang potong ayam. Tadi beli ayam 2 ekor RM11.90. Beli sekor-sekor, so puan zai dan mak sengaja minta tolong abah potong 4 bahagian... hehehe... ngada-ngadakan? Manja!
 Nie nak citer, beli satu bakul barang-barang termasuk beras nie dah RM92. Fuhhh... Teruk jugak harga barang sekarang semua naik harga. Untuk buat nasi ayam budget dah hampir RM100. Yelah memang tak di nafikan ada jugak barang-barang makan untuk anak-anak tapi itu lah point dia harga memang mahal sekarang nie. Sabo je lah.

Sekian lah untuk hari selasa punya update. Esok jumpa lagi. Dengan bahan citer yang lain.

Puan zai... yang kenyang...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.
Puan zai ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru-guru dan cikgu-cikgu.
Selamat Hari Guru buat semua ibu-ibu yang hari-hari mengajar anak memasing walau pun bukan mengajar di kelas atau sekolah, sekadar mengajar anak di dalam bilik atau di rumah.
Jadi cikgu cum ibu nie mencabar jugak tau.
Macam-macam soalan yang keluar dari mulut anak, tanya itu ini. Ada kala kita sendiri tergelak tengok gelagat anak-anak yang banyak soal.
Buat cikgu-cikgu, semoga jasa anda kalian di balas dengan kebaikan dengan ucapan terima kasih cikgu!

Untuk sambutan di sekolah Zahirah, si kakak nie kata hari senin tiada sambutan apa-apa sempena Hari Guru. Sambutan akan di lakukan pada hari rabu ini.
Jadi, seperti biasa anak-anak soh ibu balut hadiah untuk cikgu-cikgu anak-anakku.
Kedua-dua cikgu anak-anakku cikgu wanita bertudung, jadi ini lah hadiahnya - brooch setiap seorang.
(sowi pic tak clear ler huhu)
 Yang ini untuk cikgu kakak.
Yang ini untuk cikgu adik.

OKlah sekian sahaja update untuk hari senin.
Jumpa lagi.

Puan Zai... yang jadi guru di rumah...hehe

Sunday, May 15, 2011

Ahad yang demam dan selesema...

Aduhhh dari pagi badan rasa tak sihat. Katil jadi teman setia. Berbaring sepanjang masa. Saat ini hidung mula tersumbat. Di tengeh-tengeh terasa gatal. Kejap-kejap bersin kejap-kejap tengeh hidung. Esok nak mc, takut jugak. Bukan apa. Ada keje kena buat. Untuk esok ada 8 candidate nak datang interview. 4 orang untuk boss besar dan 4 orang untuk boss kecik. Untuk boss besar ada sorang nie request interview lepas opis hour yakni 5.30pm. Aduhai camner nie? Begitu la kalu time tak sihat selalu camnie. Ada je benda nak buat kat opis yang buat kan kita teragak-agak nak amek mc. Lagi satu puan zai nie kalau tak sihat selalu time weekend sebab tu kalu tengok pada mc puan zai setahun, takkan amek lebih dari 4 hari setahun. Paling sikit penah amek 1 hari je setahun. Tu masa tu berlumba-lumba dengan kawan sapa yang jarang amek mc. Lepas tu bangga sendiri dan gelakkan satu sama lain. Macam seronok je. Ntah hapa-hapa. Sebenarnya takde pun untung pada sapa-sapa, kira rugi jugaklah sebab company kan dah bagi mc. huhu. Untuk kali ini puan zai tak sihat di ari minggu lagi. Nak tak nak esok kena koje jugak. Maklumlah selasa opis tutup ari wesak. Kang kat opis kelam kelibut sebab kita takde assistant hehehe macam lah keje pangkat besar ye puan zai. Jangan nak berangan, keja kuli tetap kuli huhu.
 
Ini cerita si ibu. Cerita si anak pulak, kakak jumpa ibu minta izin nak gi ke majlis birthday kawan selang beberapa rumah. Aik bila pulak kakak dapat jemputan. Rupanya selepas ujan lebat berenti tadi, kakak jumpa kengkawan kat luar. Selepas ibu bagi izin kakak kucup pipi ibu ucap terima kasih dan terus berlari keluar untuk mendapatkan kawan-kawan yang sedang tunggu berita persetujuan ibu nie. Ibu ini susah nak bagi izin tengok pada tempat dan keadaan dan tengok pada jarak antara rumah. Sekarang bahaya. Nak pergi dengan saudara terdekat tak pa. Hmm nak bagi apa nie takkan kakak nak datang tangan kosong. Kakak kata bagi RM10 je lah. Amboi baek punya idea. Tapi kakak kata kalau bagi hadiah pun best juga. Alih2 ibu ini balutkan mug kecil dengan kertas pembalut untuk di jadikan hadiah. Setakat entry ini di taip, si kakak pergi dengan kawan-kawan dengan senang hati. Excited lah tu nak gi majlis birthday.
 Alamak pic tak clear, tapi tak pa la sebab hadiah pun kocik yo.
 Nie adik sedang lena tidur masa ujan lebat petang tadi. Masa tiba-tiba petir adik terkejut bangun dan melompat ke ibu dan terus terlena balik.

OK lah sekian untuk ari ahad yang serba serbi tak sihat nie. Jari jemari masih sihat lagi nak update blog hehehe.

Puan zai... yang tak sihat, demam dan selesema...

p.s - malam ini belom sauna lagi bak kata 'Jendela Hidup' selalu tu (iron baju keje dan sekolah ler). Rasanya tak bersauna malam nie sebab tak larat le. Sauna esok pagi bole tak? peaceeee...

Saturday, May 14, 2011

"Ibu, atuk nak belanja makan tosai..."

Assalamualakum.
Begitu ayat di atas, begitu lah kata-kata kakak pada ibu.
"Ibu, atuk nak belanja makan tosai yeah yeah..."
Bila dah kata nak pergi kedai atau nak keluar kebiasaannya suka betul budak-budak nie.
Riang ria aje tingkah mereka.
Paling suka kalau dengar perkataan tosai.
Dalam rumah ini dari orang dewasa hingga lah ke budak kecil, rata-rata suka akan tosai.
Tosai cicah kuah dal atau kari ikan atau chatni (kelapa parut).
Dari dulu emang suka menu nie.
Kalau tak makan kat kedai, bungkus bawa balik pun tak kisah. Tapi kena makan terus supaya tak sejuk.
 Besarnya tosai... semua order tosai biasa termasuk adik dan atuk.
 Adik tak sabar nak makan tapi ibu nak snap pic nie dulu jugak.
 Masa si ibu ini order tadi sebut 'tosai sardin'. Disebabkan salah pendengaran si pengambil order, yang sampai ialah 'roti sardin'. Hem... layan je lah...bismillah...
Mak puan zai pula nak mee goreng tapi "tak nak pedas, tak nak sayur, goreng kering aaaa" mak order. Memang mee goreng camnie yang mak suka makan. Perah limau sebiji.
 Sebelum menu sampai, adik layan documentari pasal panda. Terkekeh-kekeh gelak bila panda tu tergolek-golek atas rumput.
 Setelah mengalami kebahangan dan kepanasan serta jerebu yang teruk sepanjang hari tadi, hujan telah turun dengan lebat pada sebelah petang. Alhamdulillah dapat mengurangkan jerebu ini dengan air hujan. Tapi tu lah air minuman yang tetap di order malam ini ialah ais... neslo ais...sssss...
 Mak pulak order horlicks ais...sssss...
Adik pula nak barli suam.

Sampai aje di rumah, anak-anak sudah me'landing'kan diri atas katil.
Tika ini kakak sudah melayukan matanya sementara adik asyik kata:
"Shutdown lah ibu, shutdown..."
Arah si adik agar ibu cepat-cepat shutdown PC untuk tepuk dan temankan adik tido.
Sekian sahaja buat hari ini. Jumpa esok ya!

Wassalam.

Puan Zai...