Thursday, March 31, 2011

Pulas Pulasan

View dari tingkap dapur
Abah kata lagi 2-3 minggu merah lah pulasan tu.
Antara rambutan dan pulasan, suka lagi pada pulasan.
Pulasan yang abah tanam gemuk-gemuk macam anak dia.hehe.
Dulu si kakak ada tanya camner nak kopek pulasan nie susah lah nak kopek.
Kena pulas lah buah tu, nama pun pulasan... ye tak?
Puan Zai...

Wednesday, March 30, 2011

Indahnya hari ini...

Indahnya hari ini...
Sejam sebelum abes waktu kerja tadi, tiba-tiba seorang kawan separa jerit soh semua memandang ke luar tingkap.
Ingatkan amende, rupanya menyuruh kami yang kusyuk kerja nie (cewah) menghayati keindahan di luar tu.
Pic nie puan zai amek dari dalam bilik boss.
Hp korok jadi pic pun tak nampak cantik sebagaimana kami tengok live tadi.
Terpaku kejap puan zai melihat keindahan langit biru.
Syukur alhamdulilah kita di limpahi rezeki dan masih dapat menghirup udara dan bernyawa di bumiNya.
Tengah dok syok-syok melihat, tiba-tiba ada suara kecil disebalik pintu-sapa lagi kalau bukan kwn yg suka mengusik:
"Ha cpt lah amek la pic tu, nanti masuk dlm blog"
Ishhhh hehehe macam tau-tau je, emang nak masuk blog pun hahaha.
Lalalalalalalaaaaaa.......
Puan Zai...

Tuesday, March 29, 2011

Suka adik dapat mangga

Salam buat semua...
Si adik nie suka dapat mangga.
Atuk yakni abah puan zai beli kat kedai berdekatan rumah.
Tapi bila nampak mangga-mangga tu atuk beli RM20.
Sampai rumah, semua mengadap mangga terutamanya si adik.
Paling adik suka biji mangga, semua dia nak bolot.
Hep hep makan pelan-pelan adik ya.
Mak & abah suka mangga.

Semua suka mangga.

Adik pun suka mangga

Terutamanya biji mangga.

Berebut adik nak ini juga.
Ikutkan puan zai pun suka biji mangga.
Nie bila adik suka juga, kita ibu nie mengalah je lah ye.
Tapi dik bukan bole makan banyak-banyak ye.
Sekian.
Puan Zai...

Monday, March 28, 2011

Panas

Assalamualaikum...
Cerita di ari senin nie cerita panas.
Bukan panas apa, cuma panas cuaca.
Sebab panas puan zai mc ari nie.
Emang dapat rasa sangat yang petang ahad semalam bahang yang semacam.
Sakit tangkap kepala.
Gi kinik dekat rumah, wahhh ramainya orang biasanya kinik buka jam 9 tak la ramai camnie.
Sampai kan counter staff tu bole kata kat patient gi minum dulu sebab orang ramai.
Sampai giliran puan zai dah jam 12 tengahari.
Lewat 5min jemput adik. Cikgu tunggu pas ibu call.
 Penatnya tunggu kat kinik dari jam 9.15am.
Ngam-ngam 12pm baru semua selesai.
Nampak je muka doktor nie dia tanya kenapa.
"Sakit kepala"
"Ramai orang datang sakit kepala arini" Kata doktor.
Nampaknya puan zai tak keseorangan.
Rata-rata orang sakit kepala.
Sebab?
Panas?
Kasihan panas dipersalahkan.
Lagi penin kalu tgk ramai org-pic pinjam dr album adik.
Wassalam.
Puan zai...

Sunday, March 27, 2011

Tayang lauk terbaek dari ladang...

Assalamualaikum...
Takde apa nak citer.
Cuma nak tayang lauk di ari ahad.
Bole?
Bole je laa ek...
I
I
V
Breakfast: Nasi lemak sambal kerang.
Lunch lauk 1: Ikan merah masak taucu.
Lunch lauk 2: Ikan merah jugak tp buat berlado.
Tea time: Pisang goreng.
Dinner: Cuma horlick panas, roti & adik susu.
Muka kakak yg letih lepas teakwando.
Adik 24jam dengan channel 611 Astro Ceria.
   Sekian tayangan lauk-lauk di hari ahad.
Nak off laptop dah nie.
Siang tadi dah blogwalking.
Adik dah jeles soh ibu cepat-cepat off laptop.
Asyik kata:
"Ibu shutdown ibu shutdown"
Wassalam.
PuAn zAi...

Saturday, March 26, 2011

Diari si "My Bushuk Masham" di hari sabtu...

Assalamualaikum semua...
Salam hari sabtu...
Kempen Earth Hour 2011 telah jayanya di lakukan oleh puan zai dan famili.
Ini kali ke tiga kami menjayakan.
Tepuk untuk diri sendiri.hehe.
Gelap kan?
Emang sungguh gelap.
Kalau view dari umah, kawasan kg (kg tau walau dok KL) yelah semua bergelap.
Tapi bila snap kondo-kondo bersebelah terang menderang.
Tapi biar lah, asal kita dah jalankan tangungjawap.
Tepuk tepuk tepuk.
Antara yang dah dilakukan oleh puan zai, anak-anak dan famili tadi ialah:
I
I
V
  • Abah ingatkan umah sebelah menyebelah soh padam lampu (emang selalunya mulut abah berbunyi ingatkan orang)hehe
  • Padam semua lampu-lampu
  • Duduk diam-diam dlm gelap
  • Makan malam siap-siap sebelum 8.30pm
  • Takde buat apa dlm gelap, msg-msg kengkawan, chat2
  • Anak-anak ralit main games kat HP dalam gelap
  • Dah gelap-gelap nie mcm nak terus tido je hehe
OK lah arini cuma nak tayang pic jer.
Activity "My bushuk masham" di ari sabtu...
I
I
V
A
8.30am-Bz meng'kaler' dan menconteng...
 Arini mak puan zai jadi babysiter kejap, adik pompuan dan suami dia ada hal dan tinggalkan anak-anak dia kat umah.
Puan zai sebagai pemerhati jer.hehe.
10.00am-Dah puas main,bising2 skrg baring2.
 Biasalah kalu dah dok berempat ramai-ramai mesti dah macam-macam ragam.huhu.
12.30pm-Tgh tgu bakso, cendol & ABC.
 Jam 12.00pm gerak berjalan kaki bersama mak, anak-anak ke kedai photostat untuk byr bil electrik & astro.
Singgah isi perut kejap.
12.55pm-Kakak dah dpt ABC & bakso.

12.55pm-Adik pekena cendol. Cendol tanpa ais.

12.56pm-View bg dkt nak tayang dan eksen sikit.hehe.

1.02pm-Masing-masing senyum kekenyangan.
 Pas bayar terus gerak ke kedai gunting rambut.
Adik mula buat muka kata tak mau.
Alah mana boleh dik, minggu depan nak amek gambar kat Tabika.
Kena lah hensem-hensem.
1.30pm-Adik mula meleleh air mata.
 Puan zai tak leh dok jauh-jauh dari adik.
Masuk ke kedai nie terus adik tu meleleh air mata.
Ibu kata kat bro tu gunting aje tak payah cukur-cukur kang adik melompat menjerit pulak mcm aritu.
Tak pa adik, lain kali bole buat rambut pacak mcm Pak Nil tu ye.
Hari-hari nak rambut pacak mcm uncle Aznil Nawawi tu.
Tom tom bak... tom tom tom tom tom bakkk...cewahhh...
2.30pm-Relax tgk WonderPet... ralit dpn tv.

2.55pm-Teman abah gi kedai Hardware beli brg.

3.00pm-Mak gi farmasi beli ubat conbivent abah.

3.10pm-Singgah 99Supermart beli brg dapur.

3.15pm-Adik beradik sibuk nak mainan.
 Kalu gi kedai atau mana-mana, jarang anak-anak dpt mainan dari puan zai.
Takde dlm list pun.
Nak mainan mintak pada apak korang.
Dengan apak memang dapat mainan.
Selalu puan zai akan tanya "Nak mainan ke nak buku atau pensil?"
Kakak akan jawap pencil dan buku.
Adik pulak ibu akan kata beli makanan je bole.
Adik ikut je tp mulut akan muncung lah.
3.30pm-Singgah kedai mamak. Kakak nak nasi.
 Mak kata lapar.
So, singgah kedai mamak sebab mak nak mkn mee goreng tanpa sayur dan tak pedas serta barli ais.
3.35pm-Adik order magi grg dan soya xsejuk.
6.00pm-Makcik sebelah ajak jamu kueh lopes.
7.30pm-Lauk untuk dinner sambal udang petai.
 Orang tua-tua kata petua nak makan petai supaya tak berbau ialah makan dengan timun. Ye ke? Cuba lah. Puan zai amek udang dan sambal je hehe.
7.55pm-Kakak nak cpt-cpt solat takut kang gelap.
 Sibuk si kakak tanya bila Earth Hour tu, bila nak 8.30pm? Bila nak 8.30pm?
Pot pet pot pet bising.
Kakak kata nak solat cpt-cpt nanti takut gelap.
10.30pm-Adik dah Zzzzz sebab letih seharian.
Macam nie lah activity seharian si anak-anak di hari sabtu hari ini.
Sebenarnya adik tido dari petang tadi.
Nampak letih adik tu.
Lena tido adik tu.
Ni rasanya tak bangun dah kot sampai esok pagi.
Satu ciuman dari kakak untuk adik.
Kakak kata:
"Sweat dream adik. Good night adik"
Kalau adik tak tido lagi mesti adik akan jawap:
"Good night ibu"
"Good night apak"
"Good night kakak"
"Good night atuk"
"Good night nenek"
"Good night paklang"
"Good night paksu"
Hmmm satu rumah nak di good night nye.
Sekian buat arini.
Jumpa esok, insyaAllah.
PuAn zAi...

Friday, March 25, 2011

Ingat pada mak dan anak-anak...

Assalamualaikum...
Hari ini hari jumaat iaitu last keje untuk minggu ni.
Lega lah dapat cuti dua hari & dok relax kat rumah.
Penat berkeje selama 5 hari tu mcm keje 5 minggu je.
Hari ini tiada apa yg menarik nak update.
Cuma nak update yang ada di bawah nie aje.
Apalagi kalau bukan pic yang kabur-kabur nie hehe.
Petang tadi ada program makan-makan kat opis.
Sebulan sekali emang company akan buat program nie.
Bagi semua staff makan free.
Antara makanannya ialah:
jeng jeng jeng...
I
I
V
Chicken chop with fries
Steak with corn
Nasi Lemak
Karipap
Kueh talam
Aga-agar
Tau foo fa
Ice cream cup
&
Air grape
Siap ada lucky draw sebanyak 20 cabutan.
5 hampers besar.
Dan 15 lagi barangan elektrik.
Seperti biasa puan zai takde luck nak dpt.
Cuma kawan lelaki sama floor tu je yang dpt td-rice cooker.
Kawan pompuan semua nganga.
OK lah tu dari tak dapat apa-apa ek?
Puan zai?
Puan zai cuma dapat makan jer.
Syukur alhamdulilah lah tu.
Agar2 & kueh talam tuk mak.

Tau fu fa tuk anak-anak.

Puan zai nie suka gi makan.
Kalau gi makan mesti ingat mak & anak-anak.
Lepas abes acara, puan zai teman kawan makan yg jd salah sorang comittee programe.
Kesian comittee abes acara baru bole makan.
Dan...
Seperti biasa ada lebihan makanan.
Bawa balik nasi lemak 4 bungkus.
Agar2 dan kueh talam untuk mak.
Memang peberet mak pun.
3 bekas tau fu fa.
Satu untuk kakak, satu untuk adik dan satu untuk abah.
Ketiga-tiga mereka emang suka tau fu fa.
Sebelum sampai rumah tadi puan zai dah siap called kakak.
Ibu kata kakak dan adik jangan tido dulu.
Sebabnya ibu ada bawa tau fu fa.
Sampai aje kat rumah, ibu dah dapat ciuman dan pelukan.
Tentunya dari kakak dan adik.
"Terima kasih ibu, sayang ibu..."
Dengar ucapan tu terus ibu juga balas dengan ciuman dan pelukan yang erat.

Sekian.
Puan zai yang serba sederhana...

Thursday, March 24, 2011

Masa untuk kaum ibu-ibu dan anak-anak shj!

Salam buat semua...

Hari ini hari untuk kaum ibu-ibu dan anak-anak makan luar. Kaum bapa-bapa dok rumah jaga depan pintu rumah hehehe lawak jer.
Anak-anak petang tadi ajak makan luar malam ni. Dek kerana tak nak drive, kami kaum ibu iaitu - mak puan zai, puan zai sendiri serta adik perempuan puan zai bersama-sama sepasang anak puan zai dan adik berkonvoi beramai-ramai berjalan kaki ke kedai tomyam.

Ramai pulak malam nie sampai kena tunggu mana-mana orang yang ada di situ untuk angkat kaki, baru kami boleh landing kaki kat situ.

Meh ler layan pic2 je lah ye...

Sebelum konvoi nak gi makan, kita pic duluu...

Kakak nak order horlick tp xde so milo es + beger ayam...

Adik order maggi goreng + air suam...

Menu malam nie = nasi puteh, telo dadar & sup ekor.

Tgh memasing abeskan air, tgk2 adik dah nak tertido.
















































































Aik adik dah nak tertido dah kat kerusi tu. Kesian adik. So puan zai pun berdukunglah adik nak balik ke rumah. Nak tanggal pinggang nie dok jalan kaki balik ke rumah almaklum lah berbukuit (bukit bak kata david Teo). Kira nie pun "bersukan" jugak kan...kan...kan... senaman angkat berat 15kg berat budak.

Sekian sahaja lah untuk malam nie. Si adik dok jerit soh ibu shutdown pc and ajak tido sama.

Lunch: Roasted chicken rice+light coke










Desert: Pandan cake+strawbery ice-cream










(Nak lunch bertiga tadi makan kat cafe tu, alih-alih dalam cafe tu ramai staff Takaful dok lunch pas meeting. Dok kami tgh makan tu salah sorang boss Takaful dah setel kan bill kami. Thanks boss belanja makan).

OK lah... Selamat beristirehat dari puan zai untuk anda sekeluarga.